Utusan Malaysia 29 Jun 2011. KECEWA MUTU PERKHIDMATAN KLINIK KESIHATAN MANTIN. 
SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan mutu perkhidmatan 
di Klinik Kesihatan Mantin, Negeri Sembilan.

( Komen : Nampaknya Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, yang 
khabarnya berasal dari Mantin, Seremban, Negeri Sembilan perlu BERSIH kan 
Mantin terlebih dahulu, buek malu oghang Mantin YO ! Kalau dah PENCEN nanti 
langsung tak ada kuasa)

Sudah beberapa kali saya melihat kelemahan terutama dari segi pentadbiran dan 
kebersihan. Kelemahan ini jelas kelihatan memandangkan saya kerap menemani ibu 
yang merupakan seorang pesakit hipertensi yang berkunjung ke sana bagi 
temujanji doktor. 

Pada minggu lepas, seawal pukul 7.40 pagi, saya sudah berada di klinik bagi 
mengambil nombor pendaftaran. Sesudah mengambil nombor pendaftaran, saya menuju 
ke tempat pemeriksaan doktor. 

Pada masa itu terdapat beberapa kakitangan sedang merakam kad kehadiran mereka. 
Namun saya perhatikan terdapat seorang kakitangan sedang merakam beberapa kad 
kakitangan yang lain. Persoalan saya, adakah ini budaya kerja kakitangan di 
sini untuk merakam kad orang lain?

Saya juga mendapati beberapa kakitangan yang lain juga datang lambat. Mungkin 
mereka berasa tidak kisah untuk datang ke pejabat memandangkan kad mereka sudah 
dirakam oleh kakitangan yang lain.

Apabila saya berada di bilik rawatan pesakit luar untuk rawatan selanjutnya 
ternyata mutu kebersihan amat menyedihkan. Sampah seperti kertas dibiar 
bertaburan dan singki berkeladak. Beberapa gelas diletakkan berhampiran singki 
yang kotor. Di dalam hati saya berkata, adakah sudah tiada kakitangan yang 
bertanggungjawab untuk mengendalikan bilik rawatan ini?

Apa yang saya amati ialah ramai kakitangan (tidak tahu sama ada datang lewat 
atau tidak) pergi minum di sebuah gerai yang berhampiran walaupun setelah pukul 
8 pagi tanpa menyelesaikan tugas mereka terlebih dahulu. 

Ternyata ini amat menyedihkan. Mutu perkhidmatan di sini tidak sejajar dengan 
wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Harap pihak yang berkenaan sila beri 
penjelasan

PESAKIT KESAl,
Mantin, Negeri Sembilan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm
 

20 TAHUN RAKYAT DI MANTIN, N.SEMBILAN HIDU SAMPAH 

Dah 20 tahun dan mungkin dah 4 Pilihanraya Umum diadakan masalah tapak 
pelupusan berhampiran kawasan penduduk kampung di Kampung Gebok, Mantin, Negeri 
Sembilan tak selesai-selesai. Apakah para pengundi di Mantin perlu tunggu lagi 
20 tahun lagi dan lagi 4 Pilihanraya Umum?

BAU BUSUK MENGANGGU KEHIDUPAN PENDUDUK KAMPUNG GEBOK

Penduduk Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan ingin membuat aduan kepada 
pihak tuan tentang masalah bau busuk yang telah lama menganggu penduduk kampung 
di kawasan saya.

Masalah ini timbul dari tempat pembuangan sampah yang terletak bersebelahan 
dengan kampung saya.Pelbagai aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang 
tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Artikel penuh di 
http://pasns.blogspot.com/2011/04/bau-busuk-ganggu-penduduk-mantin.html 

BILA HENDAK TUTUP TAPAK LUPUS SAMPAH?

Bukan cerita rekaan apabila sudah 20 tahun penduduk di kawasan Kampung Gebok 
Mantin terpaksa tinggal dalam keadaan persekitaran bau busuk membuatkan 
masing-masing mula tertekan.

Mereka mendakwa bau busuk yang datang tanpa kira waktu pagi atau malam berpunca 
kehadiran tapak pelupusan sampah di kawasan berhampiran.

Impian untuk tinggal dalam keadaan persekitaran bersih tanpa adanya sebarang 
gangguan tidak akan menjadi kenyataan apabila saban tahun pihak berwajib 
menabur janji menutup tapak pelupusan sampah terbabit, sedangkan ia tidak 
pernah berlaku.

Artikel penuh di 
http://pasns.blogspot.com/2010/01/dah-20-tahun-orang-mantin-berjiran-dgn.html 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke