Macamana rakyat tak marah dengan kerajaan BN ni, sibuk pasalah Perhimpunan 
BERSIH, Rumah Mampu Milik di Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi, rupa-rupanya 
ada 350,000 pembeli rumah terbengkalai di Lembah Klang sahaja. Harap semua 
pembeli rumah terbengkalai ini akan sertai BERSIH.

Antara beberapa projek perumahan terbengkalai 1Malaysia di 
http://terbengkalai.blogspot.com 

DERITA 350,000 PEMBELI RUMAH

SERAMAI 500 pembeli di lapan projek perumahan yang terbengkalai berhimpun di 
hadapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Pusat Bandar Damansara 
bagi mendesak campur tangan dan tindakan tegas kerajaan terhadap pemaju yang 
terlibat, kelmarin.

Utusan Malaysia 1 Julai 2011 

KUALA LUMPUR 30 Jun – Lebih 350,000 pembeli di lapan buah projek perumahan 
terbengkalai sekitar Lembah Klang kini semakin tertekan berikutan masalah yang 
mereka hadapi itu belum menampakkan sebarang tanda penyelesaian.

Pelbagai usaha sudah dilakukan dan yang terbaru, kira-kira 500 orang yang 
mewakili keseluruhan pembeli terbabit berkumpul di Kementerian Perumahan dan 
Kerajaan Tempatan di sini bagi membantah kegagalan pemaju menyiapkan projek 
mengikut jadual.

Dalam perhimpunan tersebut, mereka menyerahkan memorandum untuk meminta 
kementerian berkenaan campur tangan dan bertindak tegas bagi menangani masalah 
terbabit.

Memorandum itu diserahkan oleh wakil pembeli, Mohd. Akram Mohd. Akhbar, 58, 
kepada wakil Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Apa yang menarik ialah kesemua yang hadir memakai baju berwarna oren yang 
tertera tulisan “100,000 keluarga mangsa projek terbengkalai” bagi menyatakan 
perasaan mereka.

Rata-rata mereka terdiri daripada pembeli dari kawasan perumahan terbengkalai 
di Taman Ukay Bistari, Lestari Puchong Fasa 3, Taman Bukit Jalil, Taman Lestari 
Perdana, Taman Puncak Jalil, Bukit Pandan Bistari dan Lake Villa, Putra Perdana.

Mohd. Akram ketika ditemui berkata, projek-projek perumahan itu sudah dimulakan 
sejak 10 tahun lepas, namun sehingga kini pembeli masih tidak mendapat rumah 
yang mereka beli.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, para pembeli sering tertekan menanti 
rumah mereka yang tidak siap-siap walaupun pihak pemaju sering kali menjanjikan 
rumah akan siap dalam masa terdekat.

Ujarnya, selain tertekan, pembeli-pembeli itu juga kerugian dari segi kewangan 
kerana terpaksa membayar faedah pinjaman bank setiap bulan dan ramai yang sudah 
membayarnya sejak 10 tahun lepas.

“Kalau dihitung, rata-rata pembeli sudah membayar lebih RM 50,000 sepanjang 
tempoh itu tetapi rumah yang dibeli tidak juga disiapkan. Ramai juga yang 
terpaksa menyewa rumah lain,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pembeli merayu agar pihak kementerian segera mengambil 
tindakan sama ada mengarahkan pemaju yang terlibat menyiapkan projek mereka 
atau mencari pemaju ganti.

“Kami sudah tidak tahu lagi ke mana hendak mengadu...,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm
 
 

PROJEK RUMAH TERBENGKALAI DI LAHAD DATU DEPAN MPOB 
Aduan Rakyat Online – 30 Jun 2011 
 
Kami berasa sangat sedih kerana Projek Pembinaan Rumah Sri Gemilang  di Depan  
MPOB terbengkalai. Perumahan tersebut seharusnya siap pada tahun 2010 tetapi 
sampai sekarang belum siap.

Semasa kami mendaftar untuk membeli perumahan, kami sangat yakin kerana 
perumahan tersebut dikenalkan oleh YB Ustaz Suhaili yang merupakan ADUN N49 
Tungku Lahad Datu. 

Namun demikian keyakinan kami terhadap ADUN BN ini luntur sama sekali. Kami 
mengharapkan semoga kerajaan dapat melakukan tindakan segera bagi mengatasi 
masalah ini.

Keperhatian kerajaan terhadap masalah ini akan meraihkan sokongan rakyat kepada 
kerajaan pada pilihanraya umum ke 13 yang akan datang di Sabah.

By: RUKIAH

http://www.aduanrakyat.com.my/projek-rumah-terbengkalai-di-lahad-datu-depan-mpob
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke