Kepada warga sebangsa saya, bangsa Melayu, tolonglah ubah budaya kita yang menyusahkan ini. Ikut kaedah Islam kan begitu mudah, akad nikah wajib, kenduri sunat. Tak perlu nak pinjam Along untuk belanja kahwin.
PINJAM ALONG BELANJA KAHWIN Harian Metro 1 Julai 2011 JOHOR BAHRU: Akibat bimbang keluarganya menanggung malu jika perkahwinannya ditunda, memaksa seorang kerani wanita yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini membuat pinjaman RM3,000 daripada along pada November tahun lalu. Akibat tindakan melulunya itu, dia kini terpaksa menanggung bunga hutang mencecah RM40,000. Mangsa mahu dikenali Siti, 29, kini mengandung tujuh bulan berkata, dia terpaksa membuat pinjaman daripada 23 along untuk melunaskan bayaran bunga pinjaman berkenaan. “Saya terdesak meminjam selepas sebahagian daripada wang hantaran berjumlah RM10,000 digunakan untuk perbelanjaan peribadi. “Kerana kekurangan wang, saya cuba mendapatkan pinjaman bank, namun permohonan ditolak dan pada masa sama saya semakin buntu kerana tarikh perkahwinan semakin hampir,” katanya yang ditemani suaminya ketika ditemui di pejabat Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru di sini, semalam. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pinjamalongbelanjakahwin/Article/index_html Artikel saya sebelum ini : ADAT MELAYU MENYUSAHKAN, AJARAN ISLAM MEMUDAHKAN Artikel sepenuhnya di http://waghih.blogspot.com/2005/10/adat-melayu-menyusahkan-ajaran-islam.html HENTIKAN KENDURI KAHWIN YANG MENYUSAHKAN Artikel sepenuhnya di http://waghih.blogspot.com/2008/12/hentikan-kenduri-kahwin-yang.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

