Usai solat Jumaat pada 1 Julai 2011 satu demonstrasi bantahan Imam 1 Masjid Ampangan di pecat, telah disertai oleh ahli Qariah Masjid Jamek Ampangan.
Turut hadir pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan antaranya ADUN Sikamat, ADUN Ampangan, TPJ PAS N.S Abd Rahman Ramli, Ketua AMK N.Sembilan Nazri Yunus. Wakil Pemuda PAS Rembau Ustaz Nazri Esa memberi sedikit ucapan membantah campur tangan politik dalam institusi masjid. Seorang ahli Qariah Masjid Ampangan merasa kecewa dan kesal dengan tindakan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan kerana telah memecat Imam 1 Masjid Jamek Ampangan, beliau berkata "Kalau setakat khutbah baca teks sendiri apa masalahnya? Masjid-masjid yang baca khutbah sampai orang mengantuk dan tak dengar kenapa tak bagi amaran? Orang nak khutbah yang ada penghayatan, bukan nak yang mengantuk, menurut beliau lagi "Takkan sebab Facebook pun nak pecat-pecat. Tak profesional langsung kalu macam tu. Apa masalahnya dengan FB tu? PM kito pun ada FB, itu hak peribadi masing-masing la". Antara kata-katanya lagi "kalau tak kembalikan balik jawatan imam tu, kami raso kecewa dan hilang kepercayaan dengan Pejabat Agama. Kami tak teragak-agak untuk menghadap Rajo kalau diteruskan pemecatan itu" kata ahli Qaryah. Gambar-gambar sekitar Demonstrasi Aman Masjid Jamek Ampangan di http://pasns.blogspot.com/2011/07/laporan-perhimpunan-demonstrasi-di.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

