Semalam 5 Julai 2011 polis dan tentera telah melakukan latihan menangani rusuhan. Dalam latihan tersebut yang dipaparkan di tv, satu pihak adalah FRU dan satu pihak ialah mereka yang menyamar sebagai peserta perhimpunan yang kemudian merusuh. Adakah tentera menyamar sebagai peserta perhimpunan dan kemudian merusuh dalam latihan tersebut? Sebelum ini negara diancam oleh dua orang prebet tentera dalam dua peristiwa penting.
Prebet Adam semasa kecoh Operasi Lalang, dan Prebet Amin yang mengetuai Al-Maunah. Apakah tentera memainkan peranan besar mencorak senario politik negara? Sama-samalah kita fikirkan dan lihat balik sejarah dan buat kajian mendalam. Sedikit info mengenai Prebet Adam dan Prebet Amin di hujung artikel di bawah. Gambar-gambar latihan FRU bersama Tentera dari web Agendadaily di pautan berikut ************ Polis dan tentera bekerjasama tangani ancaman ketenteraman awam Selasa, 05 Julai 2011 Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bekerjasama menangani segala ancaman keselamatan yang mengugat ketenteraman awam termasuk perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini. Bagaimanapun, sehingga kini, hanya polis yang akan membuat pemantauan pada hari berkenaan dan tentera hanya akan dipanggil jika keadaan memerlukan. Demikian menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Saleh Mat Rasid dan Ketua Staf Markas ATM Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor. Sebelum itu, mereka berdua menyaksikan Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman antara kedua-dua pasukan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam demontrasi tersebut, diperlihatkan bagaimana Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Batalion 25 Rajimen Askar Melayu Diraja menangani rusuhan. Latihan yang bermula 4 Julai itu melibatkan lebih 300 anggota dari kedua-dua pasukan. http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/polis-dan-tentera-berkerjasama-tangani-ancaman-ketenteraman-awam.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed OPERASI LALANG Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UMNO ke-41. Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu. Semasa siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata repal M16. Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri. http://ms.wikipedia.org/wiki/Operasi_Lalang AL-MAU'NAH Al-Ma'unah is characterized as a sect by the Malaysian authorities and not as a rebel or terrorist group like Jemaah Islamiah. The leader of the group, Mohamed Amin, was a former army private but also arrested among the 26 in the Sauk siege included a Royal Malaysian Air Force (RMAF) major http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Ma'unah ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

