Salam~
JADILAH "ORANG YANG MENDAHULUI"
Di dalam surah Al-Waqiah Allah SWT telah menyebut tentang 3 golongan manusia: 
(1) Golongan Kanan - mereka akan masuk syurga (2) Golongan kiri - akan masuk 
neraka, dan (3) Golongan yang telah mendahului - yang paling dekat dengan 
ALlah. Mari kita renungkan ayat 10 dari Surah AlWaqiah: " Dan (puak yang ketiga 
pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di 
dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat 
kelak)".. Golongan yang mendahului ini, ALlah SWT akan memberi mereka kedudukan 
yang lebh tinggi dari Golongan kanan. 
Oleh itu di dalam melakukan perkara-perkara baik seperti kerja-keja kebajikan 
ni elok kita menjadi "pioneer". Kita tunjuk jalan kepada orang lain, insyaAllah 
apa yang orang lain buat pun kita diberi ganjaran yang sama oleh ALlah SWT 
kerana mereka mengikut jejak langkah kita. Oleh itu berlumba-lumbalah untuk 
jadi pioneer. Program ACT Malaysia untuk Ramadan akan dilancarkan pada hari 
Jumaat 8 Julai ini. Tunggu pengumumannya, dan kami amat berharap anda semua 
akan jadi "orang yang mendahului". Jangan tunggu lagi. Wsalam~

Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini (hp: +60192149345)President, AKSI CEPAT 
TANGGAP (ACT) MALAYSIA 
www.al-bir3.blogspot.com
www.sumuract.blogspot.com



Kirim email ke