----- Forwarded Message ---- From: Tulang Besi <[email protected]> To: [email protected] Sent: Thu, July 14, 2011 1:25:00 PM Subject: [Malaysia Waves] Unspinner kena Spin masuk longkang dlm Isu Cincin RM24.4 juta Blog UMNO bernama UNSPINNER telah berusaha untuk membela cincin tersebut. Antara hujjah mereka yang paling ampuh dan besar adalah kononnya jenis cincin tersebut *(natural fancy blue gray cushion cut) tidak wujud. Sayang sejuta kali sayang. Baru langkah pertama dah kena bentes kaki. Majalah FORBES telah mengkonfirmasi bahawa cincin jenis ini wujud dan gambarnya adalah seperti berikut: Kalau tak percaya jugak, silalah pergi ke link tersebut di sini. Blog Unspinners yang terkenal kuat menipu nampaknya terkantoi dalam langkah pertama. Buah kedua yang UNSPINER cuba keluarkan adalah kononnya takkan barang harga berjuta menggunakan khidmat courier untuk penghantaran cincin berkenaan. Ni lagi satu contoh kebodohan blogger UMNOakaUNSPINNER. Pengunaan khidmat courier ini adalah untuk memudahkan proses berkaitan kastam terutamanya kastam di Amerika. Kalau tidak terpaksa lah Makcik Rosmah sendiri turun ke New York dan berjumpa dengan pihak Kastam Amerika. Stkt kastam Malaysia takda yang heran tapi kastam Amerika tak iktiraf Rosmah Mansor sebab dia cuma BINI pada PM, bukannya PM. Jadi, takda special treatment. Juga, saya yakin perkhidmatan "DIPLOMATIC BAG" tidak digunakan kerana tidak mahu rahsia ini pecah. Di Kementrian Luar Negeri tu ramai penyokong PAS dan PKR. Tapi nak jadi cerita, nak elak penyokong PR di Kementrian Luar, kantoi dgn yang dalam kastam. Ni pun kalau betullah cincin tu Rosman Mansor beli. Lagipun skrg ni ada khidmat insuran. Apa2 jadi pada cincin, insuran bayar. Ada paham tak, UNSPINNER? Ke benda simple ni pun Seterusnya saya menjemput mana-mana blogger UMNO ataupun UNSPINNER sendiri untuk menafikan komen yang dibuat oleh pembaca saya di bawah ini: Anonymous said... >aku google je info sebanyak mungkin: > >- Malca-Amit, address pun sama, syarikat ni wujud. >- Jacob & Co, wujud. >- Airoceanic Express, wujud. >- M. Krishnan, check kat SPR, dok kat Nilai, pengurus AirOceanic, wujud. >- Cincin Natural cut pejadah tu, website Forbes, wujud. > >Camne nak photoshop ni, ah sudahhh...susah nak kata fitnah. > >July 14, 2011 12:52 PM Haaa nak tengok UNSPINNER spin macama mana pula lepas ni. Spin punya spin, diri sendiri masuk longkang. Tulang Besi -- Posted By Tulang Besi to Malaysia Waves at 7/14/2011 01:04:00 PM

