HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! 
SETENGAH TAHUN BERLALU, GURU GANTI BELUM DAPAT GAJI
SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan sangat kecewa dengan Pejabat 
Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia 
(KPM). Saya tidak tahu siapa yang harus saya persalahkan antara kedua-dua 
agensi ini memandangkan kedua-duanya terikat antara satu sama lain.

Saya merupakan bekas Pegawai Sambilan (Guru Ganti) di sebuah Sekolah Menengah 
Kebangsaan (SMK) di Daerah Gombak mulai 25 Januari 2011 sehingga 24 April 2011. 
Ini bermakna saya telah berkhidmat di sekolah tersebut hampir tiga bulan. 

Dalam tempoh itu juga, saya tidak pernah menerima satu sen gaji daripada pihak 
PPD walaupun sepatutnya saya boleh dibayar setiap hari memandangkan saya 
berjawatan sambilan bergaji hari. Surat tawaran jawatan dikeluarkan oleh pihak 
PPD.

Apabila kontrak saya tamat pada 24 April 2011, saya menerima panggilan daripada 
pihak sekolah pada 28 April 2011 menyatakan saya mungkin akan menerima gaji 
saya dalam masa dua minggu lagi. Tetapi tiada gaji diterima.

Setelah sebulan lebih, saya telah berhubung kembali dengan pihak sekolah untuk 
bertanyakan gaji saya dan pihak sekolah telah menghubungi PPD. Pihak PPD 
menyatakan mereka tiada peruntukan untuk membayar gaji dan sedang berusaha 
memohon peruntukan daripada pihak KPM.

Akhirnya setelah hampir dua bulan iaitu pada 23 Jun 2011, saya sekali lagi 
kembali ke sekolah untuk bertanyakan gaji saya. Malangnya jawapan yang sama 
saya terima daripada pihak sekolah setelah menghubungi pihak PPD. 

Saya kemudian ke PPD pada 5 Julai 2011 untuk bertanyakan gaji saya. Tetapi 
jawapan yang diterima tetap sama seperti jawapan pihak sekolah.

Saya sangat kecewa. Cuba bayangkan, sehingga ke detik surat ini ditulis (12 
Julai 2011), saya masih tidak menerima gaji saya. Ini bermaksud sudah hampir 
setengah tahun iaitu hampir tiga bulan selepas tamat kontrak saya masih belum 
menerima gaji. Kenapa begini?

YANG KECEWA
Gombak, Selangor
14 Julai 2011 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke