Masalah Air di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 
Aduan Rakyat Online, July 18th, 2011 

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Saya mewakili para pelajar perempuan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang 
terletak di Kuala Pilah ingin menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap masalah 
air yang membelenggu kami, pelajar perempuan yang mendiami kolej kediaman 
Cendikia (blok C).

Kolej kediaman Cendikia merupakan kolej kediaman yang terletak paling jauh dari 
pusat pentadbiran dan dewan kuliah. Selain daripada perlu menghadapi kenyataan 
bahawa asrama kami merupakan asrama yang paling jauh, kami juga mengalami 
gangguan air yang teruk. Terdapat 4 blok iaitu C1, C2, C3 dan C4. Setiap blok 
dianggarkan terdapat lebih 150 pelajar perempuan.

Pada waktu ini, blok C1 sudah kehabisan air langsung, maka dengan itu, seramai 
lebih kurang 150 pelajar dari Blok C1 turun ke Blok C2 untuk memenuhi keperluan 
diri seperti mandi dan sebagainya. Oleh itu, ini menjadikan 300 orang pelajar 
mandi di satu blok yang sama kerana jarak antara Blok C1 dan Blok C2 adalah 
yang paling hampir berbanding blok-blok yang lain.

Hal ini menyebabkan Blok C2 juga kehabisan air dan perkara yang sama berlaku 
pada Blok C3. Oleh hal yang demikian, seramai lebih kurang 450 orang pelajar 
terpaksa berebut dan bersesak di Blok C4 untuk mandi. Malangnya, tandas di Blok 
C4 hanya terdapat sebanyak 8 buah sahaja.

Kami telah menyuarakan perkara ini kepada pihak kolej tetapi sekali lagi malang 
buat kami kerana tiada tindakan diambil oleh pihak kolej. Kata-kata yang kami 
terima hanyalah “memang dari zaman pak kaduk lagi macam ni”. Mereka seolah-olah 
tidak ingin mengambil sebarang langkah untuk menyelesaikan masalah yang kami 
hadapi. 

Oleh itu, kami terpaksa mengambil insiatif ini iaitu kami mengadu kepada Aduan 
Rakyat dengan harapan pihak Aduan Rakyat dapat membantu menyelesaikan masalah 
kami di sini.

Kami berharap pihak Aduan Rakyat mengambil langkah terbaik bagi menyelesaikan 
hal ini. Hal ini kerana kami sudah buntu untuk mencari jalan bagi masalah kami 
ini.

Sekian. Terima kasih.

By: Anis Husna

http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-kolej-matrikulasi-negeri-sembilan 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke