Takkan Kelantan saja, negeri lain macam mana? Ada yang restoran Islam, sarapan 
pagi seawal 7 pagi pun ada jual nasi lemak dan roti canai apa cerita? 
Pengunjung Islam yang datang semua pakai helmet, beli bungkus atau masuk ikut 
pintu belakang. Takkan nak tambah penguatkuasa jabatan agama sampai 2000 orang 
setiap negeri pergi tangkap orang tak puasa?

************** 
Puasa : Kelantan Hanya Benarkan Penjualan Makanan Selepas Pukul Tiga Petang 

KOTA BAHARU, 20 Julai 2011 (Bernama) -- Kerajaan PAS Kelantan hanya membenarkan 
penjualan makanan seawal pukul 3 petang sepanjang bulan puasa ini, termasuk di 
restoran makanan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri 
Datuk Takiyuddin Hassan berkata bagaimanapun restoran makanan segera di pasar 
raya dan kompleks perniagaan yang kebanyakannya dikunjungi bukan Islam dan 
pelancong dikecualikan daripada peraturan itu dan dibenar beroperasi mulai 
pukul 10.30 pagi hingga 10.30 malam.

Beliau berkata pengusaha kedai makan dan restoran makanan segera yang gagal 
mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun atau denda di mahkamah tidak 
melebihi RM500.

Garis panduan mengenai peraturan itu telah dihantar kepada semua peniaga dan ia 
tertakluk di bawah Undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) 
dan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini, katanya.

Tahun lepas kira-kira sembilan restoran telah diambil tindakan kerana melanggar 
peraturan itu, katanya.

Beliau berkata untuk tahun ini hampir RM1 juta diperuntukkan melalui MPKB untuk 
mengadakan program Perkampungan Ihya'Ramadan di sepanjang bulan puasa ini yang 
akan diadakan di dataran Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Baharu.

Antara pengisian program itu ialah Program Jejak Belia yang melibatkan remaja 
berkampung untuk berbuka puasa, bersahur serta mengikuti aktiviti keagamaan.

http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=602626 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke