JELASKAN PUNCA PELAJAR MATRIKULASI TERCICIR. Utusan Malaysia 25 Julai 2011 - 
SAYA ingin merujuk luahan Ibu Prihatin (Pasir Gudang, Johor) yang disiarkan di 
ruangan ini pada 18 Julai 2011 lalu.

Anak saudara saya yang mempunyai Purata Mata Gred Keseluruhan (CGPA) 3.09 juga 
mengalami nasib yang sama tidak mendapat tempat di mana-mana Institusi 
Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Rayuan telah pun dibuat walaupun hasilnya nanti masih tidak menjanjikan harapan.

Apabila diajukan soalan ini kepada pegawai-pegawai Kementerian Pengajian Tinggi 
(KPT) mahu pun tweet Menteri bertanggungjawab, jawapannya seolah-olah skrip 
standard yang telah dirancang iaitu 'Pelajar mungkin salah memilih kursus yang 
beliau tidak layak'. 

Soalan saya di sini ialah:

- Mana mungkin para pelajar memilih kursus yang mereka tidak layak kerana 
borang panduan Unit Pusat Universiti (UPU) telah menyenaraikan 
universiti-universiti dan kursus-kursus yang pelajar boleh memohon diasingkan 
mengikut kategori aliran masing-masing (Sains, Akaun dan sebagainya). Kalau pun 
ada kesalahan, bukankah itu bermakna pihak UPU yang tidak mengemaskini senarai 
universiti dan kursus yang pelajar layak memohon?

- Pelajar-pelajar juga diberi opsyen 'Adakah anda akan menerima selain daripada 
lapan kursus yang dipilih di atas'. Saya yakin semua pelajar akan menjawab 
'Ya'. Kenapakah mereka ini tidak diberi peluang memasuki universiti dalam 
kursus-kursus yang KPT fikirkan layak mengikut budi bicara kementerian?

- Apakah sebenarnya kelayakan masuk universiti kerana pelajar yang mendapat 
CGPA 3.00 ke atas pun tidak mendapat tempat? Para ibu bapa di luar sana seperti 
Ibu Prihatin sudah semestinya mahukan ketelusan dan penjelasan kementerian 
berhubung perkara ini.

- Adakah satu jaminan bahawa setiap pelajar Matrikulasi yang membuat rayuan 
akan mendapat tempat yang dijanjikan nanti? Saya tidak kisah kalau pelajar 
tersebut gagal (sememangnya tidak layak), malah jauh sekali mendapat keputusan 
sekadar 'cukup makan'.

Tetapi pelajar-pelajar terpinggir ini ialah pelajar-pelajar cemerlang dan 
bertungkus lumus selama dua semester di Pusat Matrikulasi.

Saya sudah mulai ragu kenapa kementerian membuat pengambilan pelajar 
matrikulasi yang begitu ramai sebelum ini, malah pada kemasukan akan datang ini 
juga.

Apa gunanya mengambil ramai pelajar matrikulasi sekiranya selepas tamat 
pengajian tempat mereka tidak terjamin di universiti? 

Adalah lebih baik mereka ini menerima tawaran Diploma sekiranya mereka tahu 
kesudahan mereka begini.

Kerajaan telah membelanjakan duit yang banyak membina Pusat Matrikulasi di 
seluruh negara dan malah memberi pembiayaan penuh kepada pelajar-pelajarnya 
sepanjang mereka menuntut ilmu di sana. Bukankah satu pembaziran jika mereka 
ini dipinggirkan di hujung jalan?

Sikap kementerian yang berdiam diri juga amat mendukacitakan kerana tidak 
tampil memberi penerangan dan penjelasan sepatutnya kepada pelajar-pelajar 
terpinggir ini khususnya dan ibu bapa mereka amnya. 

Namun begitu, saya masih mempunyai kepercayaan tinggi terhadap kementerian 
memandangkan saya juga merupakan produk Pusat Matrikulasi. 

Saya yakin kementerian akan mengambil langkah segera dan efektif untuk 
menyelamatkan pelajar-pelajar matrikulasi yang terpinggir ini.

PEDANG BERTUAH
Kuala Lumpur.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke