Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan melahirkan rasa syukur dan berbangga di 
atas kejayaan Ustaz Amirahman bin Hj Abas menjadi Johan Qari Majlis Tilawah 
Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke 53 baru-baru ini. 

Ustaz Amirahman merupakan Qari Negeri Sembilan yang menjadi Johan Qari Majlis 
Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan seterusnya dipilih mewakili Malaysia 
ke peringkat antarabangsa.
 
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan bersama Timbalan Pesuruhjaya , Tuan Hj Anuar 
bin Azahari dan Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman beserta 
dua orang pimpinan PAS Kawasan telah bersama-sama hadir bagi menyerahkan 
cenderahati kepada Ustaz Amirahman bin Hj Abas.
 
"Sewajarnya Kerajaan Negeri Sembilan memberikan anugerah dan penghargaan yang 
setimpal dengan pencapaian Qari dari Negeri Sembilan kerana ini adalah 
merupakan kejayaan pertama wakil Negeri Sembilan di peringkat antarabangsa 
sejak majlis tilawah ini diperkenalkan. Kejayaan ini sewajarnya diraikan 
sebagaimana ketika meraikan kemenangan pasukan bolasepak Negeri Sembilan 
menjuarai Piala Malaysia dua tahun yang lalu, kedua-dua kejayaan tersebut 
membanggakan kami rakyat Negeri Sembilan" , ujar Taufek.
 
Menurut Ustaz Norazman yang merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan 
menegaskan, adalah tepat sekiranya Ustaz Amirahman yang masih muda ini 
dijadikan ikon anak muda Negeri Sembilan di atas kejayaan cemerlang beliau 
tersebut. PAS Negeri Sembilan berharap agar ilmu dan kelebihan beliau ini 
dimanafaatkan demi kebaikan umat Islam di Negeri Sembilan.

Laporan bergambar pada pautan berikut 
http://pasns.blogspot.com/2011/07/johan-qari-wajar-diberi-penghargaan.html 





------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke