Sedih mendengar rintihan Encik Amran bin Hamid merupakan seorang pesara 
tentera, mencebur diri dalam bidang usahawan di Hab Halal Melaka. Disebabkan 
beberapa faktor akhirnya beliau bekerja sebagai pekerja stesen minyak. Kepada 
para usahawan di Negeri Sembilan saya menyediakan perkhidmatan promosi 
perniagaan secara percuma.

Promosi ini dilakukan mengikut kemampuan masa saya di Blog Usahawan Negeri 
Sembilan dan Bazaar MAINS di http://usahawann9.blogspot.com dan 
http://bazaarmains.blogspot.com 

Saya sebagai anak pesara tentera amat memahami masalah yang dihadapi oleh Encik 
Amran dan pesara serta bekas tentera yang lain.

InsyaAllah , jika diizinkan, saya sedang berusaha untuk mengumpulkan beberapa 
teman untuk memberikan sedikit perkhidmatan khidmat nasihat kepada Veteran ATM 
sebagai pelengkap kepada JHEV dan PBTM untuk saya dedikasikan kepada arwah ayah 
saya Lt Kol (B) Hj Malakan bin Kamaruddin.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

APA TELAH JADI DENGAN KOMPLEKS MELAKA HALAL HUB SERKAM
Aduan Rakyat Online, 25 Julai 2011

Saya seorang pesara tentera dan telah membuat sewaan di kawasan Melaka Halal 
Hub Serkam amat terkilan dengan perkembangan dan sokongan Perbadanan Kemajuan 
Negeri Melaka (PKNM) yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali kawasan 
tersebut tetapi rasa hampa kerana PKNM gagal mewujudkan Halal Hub sebagai satu 
kawasan industri IKS yang berdaya saing.

Sehingga sekarang Halal Hub Melaka boleh di isytiharkan sebagai rumah hantu dan 
rumah maut bagi penyewa-penyewa (usahawan Melaka).

PKNM juga gagal dalam mengimplimentasikan halal hub yang sebenarnya.

Banyak usahawan halal hub yang gulung tikar atas janji-janji kosong.

Sekarang ini saya bekerja di petrol pam sebab duit dah habis kononnya berniaga 
sendiri lebih baik tapi saya gagal. saya tak salah PKNM dan sesiapa sebab gagal 
saya disebabkan modal tak cukup.

Tapi fikirkan usahawan lain yang telah banyak melabur di kawasan Halal Hub 
Melaka.

Adakah mereka akan jadi macam saya?

Terima kasih.

Amran bin Hamid

Sumber : 
http://www.aduanrakyat.com.my/apa-telah-jadi-dengan-kompleks-melaka-halal-hub-serkam
 


http://4.bp.blogspot.com/-IW-bkrITtEM/Ti4Kf6LI8UI/AAAAAAAAIhk/O4-8x9N0ch4/s1600/mhh.jpg
 


USAHAWAN YANG TELAH BERJAYA: IBU ZIZAH ENTERPRISE

PEMILIK : En. Amran Bin Hamid dan Puan Azizah Bt Mad Sah
SYARIKAT : IBU ZIZAH ENTERPRISE
PRODUK : IBU ZIZAH TROPICA (Kerepek Ubi)
TEMPAT : No. 127, Melaka Halal Hub Serkam
No. TEL : 017-7656451

Ibu Zizah Enterprise telah ditubuhkan pada 30 April 2010 dan telah mula 
beroperasi di PD 127, Melaka Halal Hub Serkam, Merlimau. Syarikat ini diterajui 
oleh Encik Amran Bin Hamid yang merupakan bekas perajurid serta turut dibantu 
oleh isteri beliau, iaitu Puan Azizah Bt Mad Sah selaku Pengurus Operasi.

Ibu Zizah Tropica merupakan jenama bagi produk pelbagai kerepek ubi yang 
merupakan keluaran syarikat beliau. Ibu Zizah Tropica mempunyai 6 perisa 
berbeza iaitu Lada Hitam, Ubi Masin, Ayam, BBQ, Jagung dan Pedas telah 
diperkenalkan di pasaran.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Ibu Zizah Enperprise boleh 
menghubungi Encik Amran di talian 017-7656451 atau datang ke Melaka Halal Hub 
Serkam, Merlimau di PD 127 Melaka Halal Hub Serkam, Merlimau.

Sumber : 
http://www.pkpks.gov.my/home/2010/11/usahawan-yang-telah-berjaya-ibu-zizah-enterprise/
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke