Muda Mohd. Noor | July 27, 2011 

Mereka perlu tubuh rumah dagang atau 'trading house' sendiri.

KUALA LUMPUR:  Peniaga Melayu tidak boleh bergantung harap kepada pasar raya 
besar untuk memasarkan produk mereka tetapi sebaliknya, mereka perlu tubuh 
rumah dagang atau ‘trading house’ sendiri.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMKL), Datuk Syed Amin Al-Jefry 
menegaskan pasar raya besar tidak membantu secukupnya dalam memasarkan produk 
orang Melayu.

“Giant, Mydin dan Tesco mempunyai alasan untuk tidak menjual produk orang 
Melayu. Mereka boleh memberi alasan mutu produk untuk menolak produk orang 
Melayu. Kalau Tesco kata kueh Mek tidak laku apa yang Mek boleh buat,” katanya 
ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata berapa banyak peluang yang Tesco boleh beri kepada 500,000 
peniaga Melayu. Jadi dewan dagang boleh mengatasi masalah ini. Dewan dagang ini 
boleh bersaing dengan Tesco, Mydin dan Giant.

“Produk orang Melayu tidak perlu lagi diletakkan di Giant kerana sudah ada 
rumah dagang. Rumah dagang perlu diadakan di seluruh negara sebagaimana dibuat 
oleh pasar raya besar itu.

“Tetapi untuk mewujudkan rumah dagang ini dana sebanyak RM50 juta diperlukan 
maka di sini kerajaan harus memberi sokongan termasuk wang kepada peniaga 
Melayu. Mana-mana peniaga di seluruh dunia tetap memerlukan bantuan kerajaan,” 
katanya.

Beliau turut mempertikaikan kaedah pemberian sokongan dan bantuan kerajaan 
kepada peniaga Melayu.

“Kerajaan tolong peniaga Melayu tetapi Melayu yang macam mana. Bukan kerajaan 
kurang tolong tetapi saluran mesti betul. Kaedah tidak betul, cara yang 
dipertikaikan dan kita minta kerajaan lebih serius bantu peniaga Melayu,” 
katanya.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/27/peniaga-melayu-tidak-boleh-harap-pasar-raya/
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke