Setelah ribut taufan yang begitu luar biasa melanda Port Dickson pada 30 Julai 2011, kini penduduk Negeri Sembilan khususnya di Port Dickson pula mengalami gangguan bekalan air akibat paip bersaiz 24 inci pecah apabila tebing sungai runtuh berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Linggi.
Apakah dua kejadian ini hanya sekadar fenomena alam semulajadi atau petanda dari Yang Maha Esa untuk kita semua di Negeri Sembilan? Antara beberapa kelemahan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan bagi tahun 2009 ialah pengurusan pengambilan pasir yang kurang memuaskan kerana berlaku pencemaran. Syarat pentadbiran dan teknikal berkenaan pengambilan pasir yang tidak dipatuhi dan penguatkuasaan Akta Air tidak dilaksanakan. Laporan audit tersebut dan beberapa gambar masalah penagmbilan pasir di pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html MAKSIAT DI NEGERI SEMBILAN MENGUNDANG BALA http://amkns.blogspot.com/2011/06/maksiat-di-negeri-sembilan-mengundang.html ISLAM MAKIN TERPINGGIR DI N.SEMBILAN, MAKSIAT MAKIN BERLELUASA http://amkns.blogspot.com/2011/02/islam-makin-terpinggir-di-nsembilan.html BEKALAN AIR PD TERJEJAS TEBING SUNGAI RUNTUH July 30, 2011 PORT DICKSON – Gara-gara tebing sungai runtuh, sebahagian besar kawasan di Port Dickson mengalami gangguan bekalan air sejak semalam. Kejadian yang memecahkan paip bersaiz 24 inci berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi itu juga dijangka menyebabkan gangguan bekalan air terganggu hingga 1 Ogos ini. Pengurus Khidmat Pelanggan & Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS), Azlan Abdul Aziz berkata, kejadian tanah runtuh tersebut telah menyebabkan paip bersaiz 24 inci berhampiran LRA Sungai Linggi pecah. “Kejadian ini menyebabkan kawasan Batu 4 Jalan Pantai-Pekan Port Dickson, Pekan Port Dickson, Lukut, Spring Hill, Chuah, Sua Betong dan Bukit Pelandok mengalami gangguan bekalan air. “SAINS mohon maaf diatas segala kesulitan yang dialami oleh para pelanggan semasa gangguan ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Azlan berkata, kerja-kerja pemulihan dan pengukuhan tebing sedang dilaksanakan tetapi kerja tersebut berhadapan kesukaran kerana keadaan arus deras sungai dan struktur tanah tidak stabil. Justeru, katanya, sebagai langkah awal SAINS akan menyediakan sumber bekalan alternatif seperti penghantaran air melalui lori tangki ke kawasan-kawasan bermasalah bagi mengurangkan beban kepada pengguna. Menurutnya, SAINS memohon kerjasama kepada pelanggan agar mengambil langkah persediaan dan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982 yang beroperasi 24 jam sehari untuk sebarang bantuan lanjut. Tambahnya, orang ramai juga boleh mengetahui status terkini gangguan bekalan air tersebut dengan melayari laman web www.sainswater.com . Sumber : http://mynewshub.my/bm/2011/07/30/bekalan-air-pd-terjejas-tebing-sungai-runtuh/ ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

