Berita gempar 31 Julai 2011 dimana sisa klinikal dari 48 hospital sekitar Lembah Kelang dan pantai timur termasuk Hospital Kuala Lumpur tidak dilupuskan sejak Mei 2011. Puncanya ialah Jabatan Alam Sekitar telah menyita insenarator milik syarikat yang dipertanggungjawabkan kerana rosak yang boleh menyebabkan gas berbahaya dan beracun dioksin tersebar diudara.
Syarikat yang dipertanggungjawabkan ialah Radicare (M) Sdn Bhd. Apa cerita, baru sisa klinikal , belum lagi sisa nuklear. Macamanalah nasib penduduk berhampiran kilang Lynas di Kuantan nanti? Suruh saja Adnan Yakob dan Najib beli rumah dekat Lynas dan menetap disitu anak baranak sampai pencen atau sampai mati. Sila baca artikel mengenai Politik Penswastaan Perkhidmatan Kesiahatan Malaysia dalam Bahasa Inggeris bertajuk The Politics of Privatization in the Malaysian Health Care System di http://findarticles.com/p/articles/mi_hb6479/is_2_22/ai_n28790638/?tag=mantle_skin;content ADUAN RAKYAT SISA KLINIKAL TIMBULKAN PERTANYAAN 31/07/2011 21:01:00 Ratusan beg kuning yang tersusun di luar kawasan stor sisa klinikal di kebanyakan hospital di Lembah Kelang dan Pantai Timur sejak Mei lalu menimbulkan pertanyaan orang ramai. Makin musykil apabila bau busuk seolah darah atau daging mereput menyelubungi kawasan sekitar. Lantas Aduan Rakyat dihubungi pengadu yang mahu tahu sama ada sisa klinikal itu selamat dibiarkan di kawasan terbuka atau perlu dilupus menggunakan prosedur tertentu. Ikuti laporan yang saya sediakan ini. Ini antara pemandangan yang dimaksudkan pengadu. Sebaik melangkah bau busuk seolah daging mereput dengan cepat menyengat hidung. Apabila diteliti, kami dapati kebanyakan beg plastik ini mengandungi darah. Ada antaranya yang kelihatan sudah sangat lama. Kebanyakan beg ini juga dilihat mempunyai jarum suntikan yang masih mempunyai sisa darah. Kami difahamkan ada juga beg kuning yang mengandungi seperti anggota badan manusia yang tidak dituntut keluarga selepas sesuatu pembedahan, organ badan yang dibuang, kulit, uri serta darah. Ia memeranjatkan kerana sisa klinikal ini sepatutnya diurus secara teliti kerana sangat berbahaya dan boleh menyebabkan jangkitan penyakit. Siasatan mendapati, sisa klinikal ini yang sepatutnya disimpan di bilik stor yang mempunyai suhu di bawah paras beku terpaksa diletak diluar kerana ruang dalam kabin tidak mencukupi. Syarikat pengurusan sisa klinikal ini mempunyai 48 hospital di bawah tanggungjawab mereka. Membawa kami untuk menjenguk situasi di beberapa hospital lain. Antaranya Hospital Kuala Lumpur. Terletak agak terlindung dari laluan orang ramai. Namun apabila melangkah beberapa meter sahaja dalam kawasan stor, sudah menjelaskan situasi pengurusan sisal klinikal di sini juga sama. Dari luar pagar kami dapat lihat beg kuning yang dipercayai sisa klinikal disusun dalam sebuah bangunan dan bukan di bilik stor di bawah suhu yang telah ditetapkan. Di Hospital Serdang pula, keadaan darah atau cecair badan manusia mengalir keluar dari kabin yang menjadi stor sisa klinikal memberi gambaran ada sesuatu yang tidak kena. Kami memeriksa beberapa hospital di sekitar kawasan di Lembah Klang serta juga hospital di Temerloh dan Kuantan. Biarpun difahamkan situasinya adalah sama sejak Mei lalu namun berjaya dikurangkan apabila beberapa lori mengangkut keluar sisa klinikal itu sejak beberapa hari lalu. Sempat juga dirakam pengalaman pekerja syarikat pengurusan sisa klinikal terbabit yang mengadu sakit dan tidak tahan bau busuk. PEKERJA. Saya batuk sebab bau busuk tu. Kami tak duduk kat bawah dah. Sebab tak tahan. Kami pakat ramai-ramai kalau macam ni keadaannya kami berhenti kerja. Kami cuba mendapatkan maklumat mengenai isu berkenaan daripada syarikat terbabit, namun gagal. Biarpun berkali-kali dihubungi melalui telefon dan juga pergi ke ibu pejabatnya di Damansara, namun pihak pengurusan syarikat terbabit enggan menemui kami. Insinerator yang rosak dan gagal dibaiki sejak setahun lalu antara punca proses pelupusan sisal klinikal oleh syarkat terbabit tergendala. Pada masa sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Datin Che Asma Ibrahim, kecewa cadangan pihaknya supaya sisa klinikal itu dilupuskan di Kualiti Alam tidak diendahkan syarikat bertanggungjawab. Oleh kerana insinerator yang mampu memproses 20 metrik tan sisa klinikal sehari rosak, premis di Teluk Panglima Garang ini disita pada 10 mei lalu mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kerosakan di bahagian paling kritikal jika tidak dibaiki boleh menyebabkan pembebasan gas dioksin yang mendedahkan nyawa pekerja dan orang ramai kepada bahaya. Disebabkan kerosakan itu juga, sisa klinikal dikatakan terlambak di kawasan kilang yang menempatkan incinerator. Sekaligus menyebabkan sisa klinikal dari semua 48 hospital tidak dapat dilupuskan. DATIN CHE ASMAH IBRAHIM / PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR SELANGOR. Kita pun dah pantau kes ni dah lama. Dari segi backlock ni bukan perkara baru. Benda ni dah berlanjutan kita telah keluarkan arahan, amaran untuk mereka ambil tindakan bagi mengatsi masalah ini, apabila satu tahap incinerator tak berfungsi dengan baik. Kita perlu buat keputusan untuk kepentingan orang awam. Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, arahan sudah dikeluarkan kepada pihak pengurusan sisa klinikal supaya bertindak segera mengatasi lambakan selewat-lewatnya sebelum 30 Julai. DATUK DR.HASSAN ABDUL RAHMAN/ KETUA PENGARAH KEMENTERIAN KESIHATAN. Kalau JAS bagi kita maklumat dia tak comply, we will take action coz so far our responsibility to this clinical waste yang ada di hospital stored using the right prosedure and move it to collection centre. Walau apa jua masalah di bahagian pengurusan sisa klinikal, tidak wajar pihak yang telah dipertanggungjawabkan untuk melupusnya mengambil langkah mudah membiarkan ia mereput hingga mengundang ancaman wabak penyakit bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga orang awam. Sikap sambil lewa atau mengambil mudah dalam isu seperti itu amat dikesali dan tidak seharusnya dipandang remeh pihak Kementerian Kesihatan. Sekian dari saya Puspavathy Ramaloo. http://www.tv3.com.my/beritatv3/aduan_rakyat/Pengurusan_Sisa_Klinikal_Timbulkan_Pertanyaan.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

