Pada Sabtu 30 Julai 2011 yang lalu satu ribut yang begitu luar biasa telah 
melanda Port Dickson terutamanya sekitar Batu 4 dan kem tentera Pusasda. 
Pokok-pokok besar tumbang, banyak kereta yang remuk, kubah menara masjid jatuh 
dan pelbagai kemusnahan yang begitu dahsyat.

Marilah kita sama-sama menjadikan musibah tersebut sebagai satu iktibar untuk 
kita memperbanyakkan lagi amal ibadah di bulan penuh barakah ini, banyakkan 
bertaubat. Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal 
sampai bila-bila. Banyakkan Amar Maaruh, Nahi Munkar, menyeru kepada kebaikan, 
mencegah kejahatan.

Sila baca artikel mengenai Titik Gempa Bumi yang semakin menghampiri Malaysia 
http://waghih.blogspot.com/2011/04/bersedia-hadapi-bencana-dahsyat-di.html . 
Hanya ALLAH sahaja yang mampu menghalang atau menangguhkannya.

Beberapa gambar dahsyat kemusnahan akibat ribut di Port Dickson di 
http://lobai-kampung.blogspot.com/2011/07/ribut-di-port-dickson-renungan-buat.html

MPPD PERLU KOS BESAR BAIKI HARTA AWAM MUSNAH RIBUT

Utusan Malaysia , TELOK KEMANG 3 Ogos 2011 - Majlis Perbandaran Port Dickson 
(MPPD) dijangka memerlukan kos yang besar untuk membaiki harta awam dan harta 
individu yang musnah selepas berlaku angin ribut di sekitar bandar ini Sabtu 
lalu.

Yang Dipertuanya, Abdul Wahab Shamsuddin berkata, berdasarkan anggaran awal 
yang dilakukan, pihaknya menjangkakan jumlah kerosakan bernilai RM500,000 yang 
melibatkan lampu isyarat, papan tanda dan kemudahan-kemudahan lain.

"Pelaksanaan bagi membaik pulih jalan utama telah dijalankan bermula Sabtu lalu 
dengan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Majlis Perbandaran 
Nilai (MPN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Bomba dan Penyelamat, anggota tentera 
dan kontraktor yang dilantik.

''Bagi kawasan pedalaman pula, kerja-kerja membaik pulih akan dilakukan secara 
berperingkat dan ia sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini 
baru-baru ini.

Abdul Wahab turut menjelaskan, pihaknya turut menganggarkan sejumlah RM200,000 
bagi kerja-kerja pembersihan kawasan yang dilanda angin ribut selain kos 
membaik pulih yang dijangka bernilai RM400,000.

Kata beliau, MPPD turut membeli peralatan mesin pemotong pokok pelbagai jenis 
sebagai tambahan bagi mempercepatkan proses pemotongan pokok-pokok besar yang 
mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan melibatkan kos sebanyak RM11,000.

''Kita cuba melakukan apa juga tindakan bagi kepentingan orang awam dan kita 
berharap orang ramai dapat bersabar kerana tindakan susulan masih dilakukan,'' 
katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke