Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini. PERKHIDMATAN BAS CITYLINER Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011
Nota : Taman dusun Nyiur, Taman Dusun Setia, Taman Kekwa dan Taman Bidara – Tmn A Taman rasah Jaya – Tmn B Saya tidak berpuashati dengan perkhidmatan bas Cityliner No Bas 8A di Tmn A. Ini adalah kerana semenjak 2 minggu yang lepas bas berkenaan telah membawa penumpang bagi Tmn A dan Tmn B sekaligus sedangkan bas untuk Tmn B telah ada. Ini menyukarkan penumpang termasuk saya di Tmn A lebih-lebih lagi di bulan puasa kerana lewat untuk memasak berbuka puasa. Alasan yang diberi oleh pemandu kerana penumpang di Tmn A tidak ramai. Alasan itu tidak munasabah bagi saya sedangkan apa yang saya lihat penumpang di Tmn A lebih ramai dan hanya satu bas sahaja beroperasi di Tmn A. Saya minta syarikat Cityliner untuk menyiasat perkara ini kerana pemandu yang berkenaaan selalu tidak memberi tiket sewaktu saya dan penumpang lain menaiki bas. Adakah pemandu berkenaan telah menggunakan duit penumpang untuk tujuan peribadi dan memberikan alasan bahawa penumpang tidak ramai di Tmn A. Sekiranya perkara ini benar, ini tidak adil dan penumpang teraniaya diatas perbuatan pemandu berkenaan. Saya dan penumpang lain bukanlah orang yang berada untuk menaiki teksi setiap hari. Kos menaiki teksi adalah sebayak Rm 7.00 dan kadang-kadang mencecah RM10.00 sekiranya menaiki teksi bermeter. Saya minta Syarikat Cityliner dan Jabatan yang terlibat untuk menyiasat perkara ini dan menyelesaikan masalah ini dengan segera agar penumpang di Tmn A dapat menjalankan Aktiviti seharian dengan selesa. By: Siti Aminah http://www.aduanrakyat.com.my/perkhidmatan-bas-cityliner Sila baca artikel bertajuk Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat, pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

