Tak tahulah apa nak cakap lagi kepada Timbalan Perdana Menteri kita merangkap 
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Tolonglah turun padang, tengok 
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang sepatutnya canggih tapi 
sebaliknya menyebabkan para guru bangun 4 pagi pergi kafe siber nak masukkan 
data peperiksaan dan pelajar. Tolonglah jangan dengar penerangan dari Pengarah 
Pelajaran atau Pegawai Pelajaran Negeri dan Daerah.

Yang malu nanti Tan Sri Muhyiddin juga, Pengarah dan Pegawai Pelajaran kata OK 
saja, hakikatnya sistem SAPS ini bukannya jadi aset lagi tapi dah jadi 
liabiliti. Liabiliti kepada Menteri sendiri.

Guru bukan nak dengar ceramah politik atau sejarah kemerdekaan, mereka nak buat 
kerja mereka saja. Bayangkan habis periksa 12 Ogos 2011, 13 Ogos 2011 semua 
data ini kena lengkap masuk, dengan sistem yang begitu bermasalah.

Walaupun saya bukan guru, saya sendiri pernah cuba untuk membantu guru masukkan 
data ini dari pukul 12 tengah malam, pukul 3 pagi baru dapat masuk sistem.

Kalau Tan Sri Muhyiddin ada anak-anak, sepupu, atau Ketua Cawangan yang jadi 
guru sekolah cuba tanya atau cuba bantu mereka masukkan sistem ini. Jangan cuba 
di Kuala Lumpur, cuba di tempat yang capaian internetnya GPRS bukan 3G ke 4G ke.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

********************** 
Sistem SAPS banyak masalah
Berita Harian 6 Ogos 2011 

SAYA bersetuju dengan komen oleh ‘Norhisham Mohamad, Alor Setar’ mengenai 
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) seperti disiarkan dalam ruangan ini 
pada 30 Julai lalu, bertajuk ‘kewujudan SAPS bebankan guru’.

Idea mewujudkan sistem ini memang baik tetapi program ini susah untuk dicapai 
dan selalu terkeluar daripada talian dan ada banyak masalah lain.

Sebagai guru yang terbabit dengan SAPS, saya sudah beberapa kali membuka sistem 
ini untuk memasukkan markah tetapi setiap kali markah mahu disimpan, sistem ini 
akan terkeluar dari talian. Saya terpaksa mengisi semula markah dan ini ia 
berlaku beberapa kali.

Kami baru diperkenalkan dengan sistem ini pada 25 Julai lalu. Sudahlah kami 
hanya diberikan modul saja tanpa diajarkan sistem ini sepenuhnya. Sistem ini 
hanya boleh dibuka bila tidak ramai orang dalam talian iaitu, biasanya selepas 
jam 3 pagi.

Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian 1, 
peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan jangkaan 
hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar.

Bayangkan, jika ada enam kelas yang markah pelajarnya perlu diisi dan setiap 
satu kelas pula ada 40 pelajar. Sebenarnya sebelum menggunakan sistem SAPS yang 
diambil dari Perak, guru menggunakan sistem yang diambil dari Johor. Malangnya, 
apabila sistem baru diperkenalkan kami terpaksa melakukan pengisian markah 
sekali lagi. Ini sangat membebankan kerana terpaksa melakukan perkara yang sama 
berulang kali.

Yang peliknya semasa taklimat kami diberitahu bahawa semasa menggunakan SAPS, 
kami tidak boleh menekan butang ‘enter’ pada papan kekunci kerana akan 
mengganggu sistem. Ini adalah kali pertama saya mendengar satu sistem yang 
direka akan rosak jika tertekan butang ‘enter’.

Masalah lain yang dihadapi ialah ada pelajar yang tiada dalam senarai kelas 
tetapi apabila didaftar, jawapan yang diterima ialah ‘pelajar telah 
didaftarkan’ tetapi jika telah didaftarkan kenapa nama pelajar tiada dalam 
senarai.

Sebenarnya banyak lagi kelemahan lain dalam sistem ini. Sepatutnya pihak 
Kementerian Pelajaran terlebih dulu memastikan sistem yang ingin digunakan 
mestilah mudah dicapai pada bila-bila masa, cekap dan mesra pengguna.

GURU TENSION,
Kajang, Selangor.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article 

****************
Kewujudan SAPS bebankan guru
Berita Harian 30 Julai 2011

Syabas diucapkan kepada Kementerian Pelajaran kerana memperkenalkan Sistem 
Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS memang ditunggu-tunggu sebagai 
pelengkap sistem peperiksaan sedia ada.

Malangnya SAPS tidak membenarkan sistemnya berpadu dengan Sistem Maklumat Murid 
menyebabkan guru terpaksa memasukkan data pelajar.

Bayang guru terpaksa bangun 4 pagi dan ke kafe siber. SAPS jelas hanya menambah 
beban guru di seluruh negara.

NORHISYAM MOHAMAD,
Alor Setar, Kedah.

**************** 
Many teachers complain over slow online system
The Star, Thursday August 4, 2011

PETALING JAYA: The school exams online data analysis system is not working out 
well as teachers complained that it was not user-friendly and slow.

The system known as SAPS or System of Analysis for School Examination has 
caused frustration among teachers.

Under the Education National Key Result Area (NKRA) initiative, teachers are 
required to submit the exam data online.

Many teachers described the portal as “extremely slow” and not user-friendly.

“The system often hangs due to heavy traffic. We are advised to use it late at 
night or early in the morning when the portal is less busy.

“Why must the MOE punish the teachers? We need time to prepare our lessons at 
home,” one teacher said.

The system has been developed to collect, store and analyse examination marks 
online for the Education Ministry, state education departments, education 
district offices and schools to access the data for analysis.

The National Union of Teaching Union (NUTP) secretary-general Lok Yim Pheng 
said she had received many complaints from teachers in Selangor and Federal 
Territory.

“It's not fair to the teachers because their normal routine has been affected.

“MoE should have made sure it was ready for use. NKRA is supposed to solve 
problems and not create more problems for teachers,” she said.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F8%2F4%2Fnation%2F9224912
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke