7 Ogos 2011. Kos tinggi dipercayai mencecah RM5,000 bagi mendapatkan Lesen 
Memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) menjadi punca menyumbang kepada 
kekurangan pemandu bas ekspres tempatan, sekali gus timbul cadangan menggunakan 
khidmat pekerja asing bagi sektor terbabit.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Malaysia (PPBEM), Datuk Ashfar Ali, 
berkata bayaran yang terlalu tinggi untuk memperoleh lesen PSV dan faktor gaji 
diakui menghalang warga tempatan bekerja sebagai pemandu bas.

Ashfar berkata, soal untuk menanggung kos mendapatkan lesen tidak timbul kerana 
pengambilan pekerja asing terbabit hanya membabitkan mereka yang sudah memiliki 
lesen PSV di negara masing-masing sebelum dibawa masuk ke negara ini.

Menurutnya, PPBEM sebelum ini sudah beberapa kali mengusulkan kepada kerajaan 
untuk mengatasi masalah itu namun tidak ada maklum balas. (KERAJAAN PEKAK?)

“Antara tiga usul penting dalam memorandum terbabit adalah membenarkan khidmat 
pekerja asing, mewujudkan kursus pemanduan bas di Majlis Latihan Vokasional 
Kebangsaan (MLKV) serta penubuhan dana kerajaan bagi mengurangkan kos 
mendapatkan lesen.

“Kursus khas yang kami sarankan penting kerana untuk menjadi pemandu bas yang 
baik, perlukan kemahiran di samping disiplin tinggi kerana kerjaya ini 
membabitkan keselamatan pengguna,” katanya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM5_000untuklesenPSV/Article 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke