Sehingga ke tahun ini (2011) kampung saya yang terletak di Kampung Bingolon, Kudat, Sabah masih lagi tidak mempunyai kemudahan asas seperti jalan bertar and bekalan air bersih. Sejak beberapa tahun yang lepas sungai-sungai di kampung saya telah menjadi kering kontang dan penduduk hanya bergantung sepenuhnya pada air hujan. ( HIDUP UMNO! )
Sekiranya hujan tidak turun untuk beberapa bulan penduduk kampung terpaksa pergi ke pekan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam pemanduan dengan kereta. Namun bagaimana bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan untuk kepekan mengambil air? Mereka terpaksa meminta sedekah sedikit air daripada mereka yang mempunyai kenderaan ke pekan ataupun mencari perigi orang lain yang masih berair. Air perigi juga hampir semuanya kering kontang sehingga menyebabkan perbalahan kerana tuan punya perigi tidak membenarkan orang lain mengambil air dari periginya yang tinggal sedikit demi untuk kegunann keluarganya. Selain itu, masalah besar kampung ini adalah jalanya yang masih tidak bertar walaupun panjang jalan di kampung ini kurang daripada 10km. Selain itu jalan kampung saya mempunyai 2 buah gunung yang sangat tinggi dan curam, dan tepi jalannya pula amat berbahaya terutamanya ketika waktu hujan ditambah pula tanpa sebarang penghadang di tepi jalan, sekiranya tayar kereta tergelincir kerana jalan licin sudah tentu terus jatuh kedalam gaung. dan sememangnya perkara ini suda berlaku beberapa kali, sehinggakan saya sendiri pernah terlepas daripada tangan mak saya ketika saya masih bayi dan mak saya yang tengah sarat mengandung terus melayangkan dirinya walaupun sarat mengandung untuk menangkap saya supaya tidak terus jatuh kedalam gaung. Ini terjadi kerana pick-up yang dipenuhi penumpang tergelincir dan melorot jatuh kebelakang. Nyawa penduduk kampung saya diatas tanduk setiap hari. Dimanakah peruntukan kerajaan untuk kampung-kampung kecil? Elektrik di kampung ini juga baru saja disambung 2 tahun yang lepas. Saya amat berharap pihak kerajaan mampu menyediakan peruntukan utntuk kampung kecil ini dan pastikan dilaksanakan. Kerana sebelum ini terdengar desas-desus bahawa kampung ini telah mempunyai peruntukan untuk air dan jalan namun tidak kelihatan sebarang tindakan senhingga ke hari ini. By: Marni Perlukan Kemudahan Asas di Kampung Aduan Rakyat Online - August 8th, 2011 http://www.aduanrakyat.com.my/perlukan-kemudahan-asas-di-kampung ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

