Berikut respons dari laman web Pusat Zakat Negeri Sembilan berikutan laporan 
akhbar Berita Minggu dan Harian Metro 7 Ogos 2011 bertajuk “PUJUKAN GEREJA” dan 
“NUR TIADA PILIHAN” dimana seorang wanita Melayu iaitu Puan Nur dari Ampangan, 
Seremban mendakwa sebagai ibu tunggal gagal mendapat bantuan berterusan 
Baitulmal lalu dibantu oleh pihak gereja.

********* 
PENJELASAN ISU LAPORAN AKHBAR ‘PUJUKAN GEREJA'      

Adalah dimaklumkan merujuk kepada isu laporan akhbar bertajuk “PUJUKAN GEREJA” 
di Berita Mingguan bertarikh 7 Ogos 2011, Ahad.

Pihak kami ingin menjelaskan beliau yang dimaksudkan dalam laporan akhbar itu 
ialah sebagai ‘Pn Nur’, setelah semakan di buat beliau dan keluarga masih 
disenaraikan sebagai penerima bantuan zakat Baitulmal secara berkala dan turut 
menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan 
bermula pada Januari 2011 sehingga kini.

Mengikut rekod, beliau  telah menerima bantuan zakat sebanyak 22 kali semenjak 
22 November 2006 dan kali terakhir pada 13 hb Julai 2011, dengan pelbagai 
bentuk bantuan yang diterima seperti  bantuan persekolahan anak, bil-bil 
utiliti dan bantuan makanan.

‘Pn Nur’ juga bukan berstatus ibu tunggal seperti dilaporkan akhbar tersebut 
tetapi masih bersuami dan suami beliau mempunyai pekerjaan berstatus jawatan 
tetap di sektor kerajaan.

Sehubungan dengan itu masyarakat di minta mendapatkan maklumat yang sebenar 
berkenaan isu ini agar tidak berlaku penerimaaan maklumat yang tidak tepat dan 
mengelirukan.

Sumber : 
http://www.zakatns.com.my/v3/arkib/agihan/29-agihan-2011/198-penjelasan-isu-laporan-akhbar-pujukan-gereja
 


PUJUKAN GEREJA
Berita Minggu – 7 Ogos 2011

NUR mendakwa kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan.Ibu tunggal tak 
dapat bantuan Baitulmal dalam dilema

SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara 
berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk 
tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, 
dekat sini sejak Disember lalu.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup 
menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak 
perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal 
mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal. Katanya, pada mulanya dia berat 
hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia 
menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan 
sejak April tahun lalu. “Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga 
tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah 
dihadapi.

“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang 
disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami 
anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.

“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang 
diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya 
ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.

Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat 
masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, 
dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami 
lalai memberi nafkah. 

Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa 
pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan 
juga buku sekolah tadika.

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah 
tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali 
lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat 
bantuan sebelum ini.

“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini 
saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada 
pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan 
khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pujukangereja/Article/ 

NUR TIADA PILIHAN
Harian Metro Ahad : 7 Ogos 2011

SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang 
daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang 
mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan 
daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana 
menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan 
buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya 
terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, 
saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di 
Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti 
kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan 
berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan 
saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang 
kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama 
tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia 
disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana 
permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja 
milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak 
gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” 
katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah 
selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka 
berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, 
sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk 
mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih 
sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nurtiadapilihan/Article/index_html



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke