Kerajaan Barisan Nasional menjanjikan tapak pelupusan sampah di Bukit Palong, 
Lukut, Negeri Sembilan akan ditutup pada tahun 2009. Namun janji cuma tinggal 
janji. Bahkan laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan pelbagai kelemahan 
pengurusan di tapak pelupusan sampah di Bukit Palong. 

Laporan Audit tersebut menyebut : Tapak pelupusan sisa pepejal di Sua Betong 
dan Bukit Palong merupakan dua tapak yang diselia oleh pihak MPPD. Beberapa 
kelemahan telah dikenal pasti semasa kajian audit ini dijalankan seperti 
longgokan sisa pepejal secara haram, ketiadaan kolam larutan resap, ketiadaan 
kemudahan asas di tapak pelupusan, tempoh perjanjian konsesi telah luput dan 
aspek pemantauan yang tidak teratur. Laporan penuh di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html 

Bukan saja di Lukut, malah penduduk di Mantin mengalami masalah yang serupa. 
Hidup, tidur, makan, minum, mandi berbau sampah saban hari sejak 20 tahun yang 
lalu. Kisah derita penduduk Kg Gebok, Mantin tersebut di  
http://pasns.blogspot.com/2011/06/20-tahun-rakyat-di-mantin-nsembilan.html 


CLOSE THE STINKING LANDFILL
August 10, 2011 

Disgruntled residents in Bukit Palong area are demanding that the federal 
government keeps its 2009 promise.

PORT DICKSON: The Bukit Palong landfill in Lukut, which the federal government 
had promised to close in 2009, is still operational, and angry residents and 
business owners are demanding that the issue be resolved immediately.

They also want Mentri Besar Mohamad Hassan to intervene because the landfill 
has now become a health hazard.

DAP’s Lukut state assemblyman, Ean Yong Ting Sin, said the Bukit Palong 
landfill was filthy and residents living less than a kilometre away were 
grossly unhappy that the state government was not doing anything.

Urging the state government to close the Bukit Palong landfill, Yong said: 
“According to the Housing and Local Government Ministry, the landfill was 
supposed to have been closed in 2009 as the location is too near to the 
residential areas.

“They said a replacement plot of land to replace the landfill has been 
identified in Bukit Nenas, which is more than 20 kilometres from Lukut.

“But until today the Bukit Palong landfill is still operating.

“I have no idea why the state government is still using this location even 
though it is not suitable anymore as there are housing and business premises 
mushrooming around here”.

Yong told FMT that according to soil experts a landfill should be at least 20km 
away from any residential area because decaying garbage would emit various 
types of harmful gases eventhough the rubbish is buried.

He also pointed out that the dirty water produced when the garbage truck is 
cleaned is drained out into a narrow drain inside the landfill. This polluted 
water is then channelled into the open sea.

“This is another irresponsible action by the operator of the landfill. The 
local Port Dickson Municipal Council (MPPD does not seem to be taking any 
action.

“This effluent is clearly contaminating the sea.

“I urged Mohamad Hasan as the state head to address this problem once for all.

“We are talking about the safety and health of the people here in Lukut,” urged 
Yong

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/10/close-the-stinking-landfill/ 


PENDUDUK GESA TUTUP TAPAK LUPUS SAMPAH 
Sinar Harian 3 Sep 09

KAMPUNG BUKIT PALONG – Gesaan penduduk yang mahu tapak pelupusan sampah di 
Bukit Palong segera ditutup sehingga kini tidak mendapat tindak balas positif 
daripada pihak bertanggungjawab.

Penduduk Kampung Bukit Palong atau dikenali sebagai Kampung India menggesa 
pihak berkuasa menutup segera tapak pelupusan sampah berhampiran kediaman 
mereka berikutan tidak tahan dengan kehadiran ribuan lalat dan bau busuk, 
terutama pada musim hujan.

Masalah lalat dan bau busuk dari tapak pelupusan sampah yang terletak kurang 
300 meter dari kawasan perumahan itu menimbulkan ketidakselesaan sehingga 
keadaan meloyakan dan menghilangkan selera makan penduduk di situ.

Seorang penduduk yang rumahnya paling hampir dengan tapak pelupusan tersebut K 
Rushnasamy, 59, berkata, penduduk kini bimbang kerana tapak pelupusan sampah 
terbabit semakin hampir dengan kediaman mereka.

Menurutnya, sekarang ini hanya kira-kira 300 meter sahaja jarak tempat 
pelupusan sampah itu daripada rumah mereka.

“Kehadiran ribuan lalat amat menjejaskan aktiviti seharian kami. Makanan yang 
hendak disuap ke dalam mulut pun akan dihurungi lalat. Bayangkan bagaimana kami 
hendak menjalani kehidupan jika perkara ini terus tidak dipandang serius pihak 
bertanggungjawab.
“Lantai rumah sentiasa dicuci dan penyembur racun serangga juga disembur namun 
lalat tetap datang. Pada waktu malam lalat ini tidak berkurangan walaupun lampu 
dipadam,” katanya.

K Rushnasamy berkata, mereka sudah muak dengan janji manis beberapa pihak untuk 
menyelesaikan masalah ini kerana ia masih lagi berlarutan dan sampah masih lagi 
dibuang di kawasan berkenaan sedangkan dalam surat maklum balas mereka masalah 
itu akan diselesaikan dan kawasan pelupusan sampah akan dipindahkan ke kawasan 
lain.

“Hingga kini, tiada sebarang perubahan dan tapak pelupusan sampah itu masih 
terus beroperasi serta memberikan kesan negatif terhadap persekitaran kerana 
menyebabkan bau busuk dan menjadi tempat pembiakan lalat,” katanya.

Katanya, lori pengangkut sampah yang keluar masuk menghantar sampah boleh 
dilihat dengan jelas dan jentolak yang menjalankan kerja-kerja di tapak 
pelupusan juga dilihat sentiasa beroperasi.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story3909636.asp 


KAWASAN PERUMAHAN BERBAU SAMPAH 
Berita Harian 28 Ogos 2009

Pusat pelupusan terlalu hampir dengan kediaman undang masalah lalat

PORT DICKSON: Penduduk kawasan perumahan sekitar pusat pelupusan sampah Bukit 
Palong, Lukut dekat sini, sudah tidak tahan lagi melihat antara 20 hingga 30 
lori sampah berulang-alik melalui kawasan itu setiap hari sejak bertahun-tahun 
lalu.

Masalah bau busuk bukan lagi cerita baru dan lori sampah pula meninggalkan air 
sampah yang busuk di jalan raya.

Penduduk mahu pusat pelupusan sampah itu dipindahkan ke tempat lain dengan 
segera, malangnya keluhan dan aduan mereka tidak dihiraukan.

Penduduk taman perumahan D’Ambang Kota, Salleh Ibrahim, 35, berkata masalah itu 
seolah-olah tidak diberikan perhatian oleh pihak berkuasa.

Katanya, penduduk berasa dianaktirikan oleh pihak berkuasa sedangkan mereka 
membayar pelbagai jenis cukai seperti cukai taksiran.

"Keadaan bertambah teruk apabila hujan diikuti keadaan panas yang menyebabkan 
bau busuk cukup memualkan. Sampah juga menarik kehadiran lalat dan keadaan ini 
menjijikkan, terutama ketika hendak mengadakan kenduri," katanya yang menetap 
di situ sejak lapan tahun lalu.

Salleh mendakwa pekerja di pusat pelupusan sampah itu menabur sejenis cecair di 
tapak pelupusan itu bagi menangani masalah bau busuk dan akibatnya, lalat 
berpindah ke kawasan perumahan.

Peniaga, Razilawati Abdul Rahman, 40, berkata bau busuk dari pusat pelupusan 
sampah itu menjejaskan perniagaan restorannya.

Katanya, masalah lalat tidak terkawal walaupun pekerja restoran berulang kali 
membersihkan persekitaran restoran itu.

"Saya malu apabila pelanggan masuk ke restoran dan melihat meja dihurungi 
lalat, mereka terus keluar.

Bagaimana hendak untung sedangkan laluan di sini adalah antara jalan utama 
menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kawasan 
peranginan di sini,” katanya.

Musa Jalil, 43, pula berkata bau busuk semakin teruk pada waktu malam sedangkan 
ketika itu, penduduk hendak berehat selepas penat bekerja.

Katanya, rumah pangsa Pinggiran Kota Lukut yang terletak hanya kira-kira satu 
kilometer dari pusat pelupusan sampah itu adalah antara kawasan paling teruk 
terjejas kerana terpaksa menghidu bau busuk setiap malam.

"Kami tidak mungkin berpindah ke tempat lain kerana membuat pinjaman bank untuk 
membeli rumah di sini. Malah, sebelum ini kami diberitahu pusat pelupusan 
sampah itu akan dipindahkan ke tempat lain, tetapi hingga kini ia masih 
beroperasi.

"Tolonglah pindahkan ia ke tempat lain. Saya tidak faham bagaimana pusat 
pelupusan sampah boleh beroperasi berhampiran kawasan perumahan," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Wilayah/20090828084513/Article/index_html
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke