KUALA TERENGGANU 15 Ogos 2011 - Tingkat atas salah satu blok bangunan Sekolah 
Kebangsaan (SK) Gong Kapas di sini yang terpaksa dikosongkan akibat kerosakan 
bumbungnya LEBIH DUA TAHUN LALU sehingga kini masih belum dibaiki. Malah dengan 
keadaannya yang terbiar begitu sahaja SEMENTARA MENUNGGU KELULUSAN DAN 
PERUNTUKAN, keadaannya semakin buruk apabila banyak atap pecah dan air hujan 
bertakung.

Blok lama itu yang tingkat atasnya menempatkan empat buah kelas untuk murid 
tahun dua, tiga dan kelas Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-Qaf).

Aras bawah yang dijadikan dewan untuk majlis perjumpaan serta penyampaian 
hadiah selain mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut berdepan 
risiko apabila air hujan dari bumbung bocor telah meresap ke lantai konkrit dan 
pernah berlaku litar pintas.

Berikutan masalah itu, LEBIH 100 MURID TAHUN DUA, TIGA DAN J-QAF TERPAKSA 
DITEMPATKAN KE KELAS LAIN TERMASUK DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP (KH) serta muzik 
di sekolah yang pernah merangkul anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat 
Kebangsaan 2009 itu.

Utusan Malaysia difahamkan, pihak sekolah telah memaklumkan masalah tersebut 
kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) pada 2009 sebelum pihak 
jabatan menghantar surat kepada Kementerian Pelajaran pada tahun yang sama.

Bagaimanapun, permohonan daripada JPNT agar masalah itu segera diperbaiki tidak 
mendapat maklum balas positif daripada Kementerian Pelajaran sehingga sekarang.

Seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah berkenaan, Abdullah Muda, 56, berkata, 
masalah bumbung rosak itu bukan sahaja mengancam keselamatan pelajar malah 
turut menjejaskan sesi pembelajaran mereka.

Katanya, lebih 100 murid terlibat terpaksa menumpang di bengkel kemahiran hidup 
(KH) dan muzik yang tidak kondusif sejak dua tahun lalu.

"Biarlah masalah itu ditangani segera, jangan biar ia berlaku baru kita nak 
bertindak. Kalau masalah ini dibaiki pada awal lagi (2009) ia tak mungkin 
seteruk sekarang," ujarnya.

Beliau turut mencadangkan supaya sebuah blok baru di sekolah itu yang kini 
diserahkan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) beroperasi di situ 
dijadikan sebagai kelas tetap untuk murid-murid terbabit.

"Bayangkan, murid-murid ini terpaksa berpindah randah dari bengkel KH ke kelas 
lain sekiranya ada murid lain yang akan menggunakan bengkel ini," jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke