Saudara Muhammad Adnan bukannya seorang berbangsa Melayu, tetapi beliau begitu 
gigih dalam usaha menyelamatkan akidah umat Islam secara praktikal, bukan 
sekadar retorik. Berikut luahan beliau di laman web Yayasan Kasih Sayang Negeri 
Sembilan (YKSNS). YKSNS bukan sekadar menyelamatkan akidah malah menyelamatkan 
masjid dari runtuh di Kuala Pilah dikala kita masih selesa duduk di rumah kita.

‘Musuh’ yang ‘ Sayang’
Oleh  Muhammad Adnan 

‘Kesian orang itu, puasa sebulan, solat 5 waktu, pergi haji, bersusah payah 
beribadah tetapi akhirnya masuk neraka ’, suatu ungkapan yang pernah didengar 
pada suatu ketika dulu, lalu apa tindakan mereka, ‘ kita perlu selamatkan 
mereka daripada terjerumus ke dalam lembah api neraka ’, sambung mereka lagi.

Ungkapan perbualan ini bukan sahaja menyatakan kesedihan, kekesalan, kekecewaan 
tetapi jua memaparkan harapan, misi dan usaha golongan tertentu dalam 
memperjuangkan dan menyebarkan kepercayaan mereka di bumi Allah swt ini. 

Bagaimana dengan kita? Agensi kita, institusi kita, diri kita dan masyarakat 
kita ? Cukupkah sekadar menyatakan kekesalan, kecaman dalam facebook, surat 
khabar dan media dengan hanya menuding jari menunjukkan suatu pihak lain yang 
sepatutnya bertanggungjawab tanpa melihat sejauhmana sumbangan dan keprihatinan 
kita. 

Pada waktu mereka berjalan kaki, mengetuk pintu-pintu kumpulan sasaran dalam 
menyebarkan kepercayaan mereka, kita bersidang, berseminar, bermesyuarat, 
berpidato sambil menikmati suasana kondusif pejabat kita yang tidak bertingkap 
sambil menyatakan kekesalan atas tindakan mereka itu.

Kita hanya pandai bercakap tapi mereka bekerja. Mereka bersungguh-sungguh tapi 
kita sambil lewa dan leka. Kita mudah berputus asa tapi mereka cukup 
bermotivasi. 

Semalam kami dapat membawa keluar tiga orang adik beradik yang ditempatkan di 
sebuah petempatan yang menyediakan makan minum, pakai patut, pendidikan di 
sebuah daerah di Negeri Sembilan. Petempatan tersebut memberi perkhidmatan 
kepada hampir 40 kanak-kanak daripada pelbagai tempat. Tempat berdaftar, 
diuruskan dengan baik, petugas yang mesra dan kanak-kanak yang riang. 

Segala urusan berjalan lancar. Kita mengikuti tatacara mereka supaya membuat 
repot polis mengatakan ibunya sendiri membuat keputusan untuk membawa keluar 
anak-anak yang ditempatkan di situ untuk tujuan perlindungan dan pendidikan. 

Kita perlu bersedia untuk bersaing secara merit, secara sihat dan terbuka. Kita 
perlu berdakwah dengan contoh teladan kehidupan dan bukan lagi dengan kuasa 
perundangan, enakmen dan akta semata-mata. Penerapan kasih sayang beragama 
adalah suatu proses yang panjang dan memerlukan pengorbanan. Kita tidak boleh 
memaksa orang untuk bersetuju dengan kita sebaliknya, kita perlu usahakan 
hidayah untuk mereka. Usaha kita hanya sebab, hakikatnya adalah milik Allah 
swt. 

Barang siapa yang bersungguh-sungguh, pasti kejayaan bersamanya….

http://yksnegerisembilan.com/archives/730 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke