Hairan, sungguh hairan. Bahan siasatan JAIS ini adalah rahsia. Laporan JAIS 
juga rahsia. Malahan, JAIS tidak mahu bertemu PAS atas alasan siasatan masih 
belum selesai dan segala butir siasatan adalah rahsia. 

Namun, bagaimanakah blogger2 UMNO yang bertaraf kaki fitnah dan pembohong boleh 
mendapat salinan rakaman video serbuan JAIS ke DUMC? 
Bukankah salinan rakaman video itu bahan bukti yang sepatutnya dirahsiakan oleh 
JAIS? 
Tidakkah ini menguatkan lagi teori bahawa JAIS bertindak di DUMC di bawah 
telunjuk UMNO. 

Fakta menunjukkan, PEngarah JAIS serta Exco Agama sendiri tidak tahu menahu 
berkaitan serbuan itu. Namun, pihak Polis Diraja Malaysia di bawah pimpinan 
Hishamuddin Tun Hussein tahu akan serbuan itu. 

Tapi, Tulang Besi bersyukur juga rakaman ini dikeluarkan sekarang. Apa yang 
Tulang Besi nampak hanyalah beberapa orang Islam yang menghadiri makan malam di 
sebuah dewan yang bukan GEREJA. 

Itu sahaja. Tidak bijak UMNO mendedahkan video tersebut kerana tidak nampak 
bukti permurtadan yang didakwa oleh UMNO dan JAIS selama ini. 

Sekian 

Tulang Besi 
 

--
Posted By  Tulang Besi  to Malaysia Waves at  8/16/2011 03:38:00 PM 

Kirim email ke