Ajal maut kita semua adalah ditentukan oleh Allah yang Maha Esa sejak dari dulu 
lagi. Kesedaran rakyat Malaysia mengenai bahaya petir masih kurang, sedangkan 
Malaysia adalah negara ketiga tertinggi di dunia yang banyak menerima panahan 
petir.

Koleksi beberapa kejadian panahan petir di Malaysia serta langkah-langkah 
keselamatan yang perlu diambil untuk meminimumkan risiko panahan petir terdapat 
di http://kilatmalaysia.blogspot.com  

Maut kena petir waktu guna telefon
Kosmo 21 Ogos 2011

Rosnah menunjukkan telefon bimbit yang digunakan Siti Munirah yang maut dipanah 
petir di Kampung Belimbing, Tanah Merah semalam.

TANAH MERAH – “Saya mahu tidur puas-puas.” Itu ungkapan aneh yang diucapkan 
Siti Munirah Nordin (gambar), 13, pada cuti Nuzul Al-Quran Rabu lalu kepada 
ibunya sebelum remaja itu maut dipanah petir di bangsal berhampiran rumahnya 
dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit di Kampung Belimbing di sini 
kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, Siti Munirah meninggal dunia di 
tempat kejadian dengan kecederaan pada muka sebelah kanan dan kesan terbakar 
pada telinga, rambut dan punggung.

Mayat mangsa ditemui abangnya, Mohd. Firdaus, 16, pada pukul 9 malam setelah 
ahli keluarganya keluar mencarinya selepas tidak pulang ke rumah untuk berbuka 
puasa sejak keluar pada pukul 4.30 petang.

Telefon bimbit milik ibunya yang dipinjam mangsa pula ditemui di atas tanah di 
bawah bangsal tersebut.

Mangsa merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing 
di sini.

Ibunya, Rosnah Dollah, 49, berkata, pada mulanya dia menyangka Siti Munirah 
pergi berbuka puasa di rumah kawannya tetapi terkejut apabila mendapat tahu 
kawan anaknya itu pulang ke kampungnya di Salor dekat sini.

“Sebelum kejadian, Siti Munirah sedang menggunakan telefon bimbit saya di dalam 
rumah dan apabila saya menegurnya kerana berbual terlalu lama, dia terus keluar 
dari rumah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke