Kerajaan negeri didesak tidak terima pelarian
22 Ogos 2011 

"Kewujudan pusat transit pelarian seumpama ini tidak selaras dengan strategi 
tersebut”, jelas Kamarul Baharin.

TELOK KEMANG: Tindakan kerajaan negeri membenarkan Port Dickson menjadi transit 
kepada pelarian dari Australia dilihat bertentangan dengan semangat menaikkan 
imej Port Dickson sebagai pusat dan destinasi pelancongan kata, Ahli Parlimen 
Telok Kemang, Kamarul Baharin Abbas.

“Mereka akan ditempatkan di Rumah Cycle Carri dan di Cresent Peak (bekas hotel) 
sebagai penempatan pelarian.

“Saya melihat situasi ini tidak memberi manfaat kepada rakyat  Port Dickson 
daripada aspek pembangunan, keselamatan dan pelancongan. Dasar negeri tidaklah 
harus  membenarkan Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing.

“Secara peribadi saya melihat bahawa kerajaan negeri tidak boleh menjadikan 
Port Dickson sebagai tempat lambakan perkara negatif kerana ini bertentangan 
nilai dengan salah satu daripada strategi pembangunan kerajaan negeri iaitu 
‘Mempelbagaikan produk pelancongan dan memperbaiki kemudahan infrastruktur 
untuk menarik kedatangan pelancong serta menggalakkkan penyertaan sektor swasta 
dalam pelaburan pelancongan’.

“Kewujudan pusat transit pelarian seumpama ini tidak selaras dengan strategi 
tersebut,” jelas Kamarul Baharin.

Keselamatan penduduk

Beliau juga menyatakan kebimbangan beliau terhadap keselamatan penduduk 
setempat dan pelancong yang mungkin terganggu dan tergugat dengan kewujudan 
pusat transit pelarian ini.

“Membiarkan Telok Kemang dan Port Dickson menjadi lokasi lambakan projek-projek 
seperti Pembuangan Sisa Pepejal, loji-loji Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), 
Loji-loji Penapisan Petroleum dan juga sebagai tempat pelupusan sistem kumbahan 
ke laut, sudah cukup untuk mencemarkan nama pantai ini sebagai salah satu 
tempat pelancongan yang unggul di negara ini.

“Saya mendesak agar kerajaan negeri membuat ketetapan untuk tidak membenarkan 
Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing bagi menjaga imej 
bandar Port Dickson sebagai pusat pelancongan,” kata beliau  lagi.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/22/kerajaan-negeri-didesak-tidak-terima-pelarian/
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke