SURAT TERBUKA KEPADA MENTERI BESAR N. SEMBILAN 

Kepada, 

YAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan, 
Menteri Besar Negeri Sembilan, 
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, 
Tingkat 5, Blok B, Wisma Negeri, 70503 Seremban, 
Negeri Sembilan. 22 OGOS 2011 

YAB. Dato’ Seri, 

Membantah Penempatan Pelarian Australia di Port Dickson 

1. Saya membawa pandangan rakyat membantah penempatan pelarian dari Australia 
di Port Dickson yang dilihat tidakpun memberikan kesan positif terhadap imej 
pelancongan Port Dickson. Tindakan kerajaan negeri membenarkan Port Dickson 
menjadi transit kepada pelarian dari Australia ini dilihat bertentangan dengan 
semangat menaikkan imej Bandar Port Dickson sebagai pusat dan destinasi 
pelancongan di sebelah pantai barat. 

2. Mereka akan ditempatkan di Rumah Cycle Carri dan di Cresent Peak (bekas 
hotel) sebagai penempatan pelarian. Saya melihat situasi ini tidak memberi 
manfaat kepada rakyat Port Dickson daripada aspek pembangunan, keselamatan dan 
pelancongan. Dasar negeri tidaklah harus membenarkan Port Dickson menjadi pusat 
transit pelarian warga asing.

3. Secara peribadi saya melihat bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh menjadikan 
Port Dickson sebagai tempat lambakan perkara negatif kerana ini bertentangan 
nilai dengan salah satu daripada Strategi Pembangunan Kerajaan Negeri iaitu 
‘Mempelbagaikan produk pelancongan dan memperbaiki kemudahan infrastruktur 
untuk menarik kedatangan pelancong serta menggalakkkan penyertaan sektor swasta 
dalam pelaburan pelancongan’. Kewujudan pusat transit pelarian seumpama ini 
tidak selaras dengan strategi tersebut.

4. Disamping itu, saya bimbang sekiranya tidak ada sesuatu sistem keselamatan 
yang baik di kawasan tersebut memungkinkan berlakunya perkara-perkara yang 
tidak diingini terhadap penduduk tempatan. Saya juga bimbang akan keselamatan 
pengunjung dan pelancong yang mungkin terganggu gugat dengan kewujudan pusat 
transit pelarian ini.

5. Kebimbangan saya lebih diperkuat dengan terdapatnya laporan ada pihak hotel 
yang dikelirukan dengan rancangan ini dengan makluman kononnya hotel mereka 
hendak disewa bagi tujuan kegunaan kumpulan jurutera dan kemudiannya ditukar 
untuk kegunaan latihan pengurusan pula. Namun, setelah terbongkar tujuan 
penyewaan pihak tertentu itu yang sebenar, pihak hotel telah membatalkan 
tempahan kerana tidak mahu menanggung risiko walaupun akan terlepas kesempatan 
mengaut keuntungan yang besar. Tujuan pihak penganjur mengelak daripada 
mengamalkan keterbukaan lebih menguatkan lagi kecurigaan orang awam.

6. Saya berpendapat membiarkan Telok Kemang atau Port Dickson menjadi lokasi 
lambakan projek-projek seperti pembuangan sisa-sisa pepejal, loji-loji 
perusahaan tenaga bebas, loji-loji penapis minyak dan juga sebagai tempat 
pelupusan sistem kumbahan ke laut, sudah cukup untuk mencemarkan nama pantai 
ini sebagai satu-satunya tempat pelancongan yang unggul di negara ini. 

7. Saya mengesyorkan agar Kerajaan Negeri membuat ketetapan untuk tidak 
membenarkan Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing bagi 
menjaga imej bandar Port Dickson sebagai pusat pelancongan. Saya juga sebagai 
rakyat Negeri Sembilan tidak mahu imej Port Dickson sebagai destinasi 
pelancongan tercalar disebabkan kewujudan pusat penempatan pelarian yang boleh 
menjejaskan keselamatan rakyat tempatan serta tidak bermanfaat langsung kepada 
Bandar Port Dickson sebagai tempat pelancongan.

Salam Hormat & Salam Perjuangan,

Yang ikhlas,
YB. Dato’ Kamarul Baharin Abbas 
Ahli Parlimen Telok Kemang 
22 Ramadhan 1432 H/22 Ogos 2011 

Sumber : 
http://minda-pemuda.blogspot.com/2011/08/surat-terbuka-kepada-menteri-besar-n.html
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke