Ibu tunggal mendakwa diserbu lelaki bersenjata  
RANTAU PANJANG, 25 Ogos 2011 : Seorang armalah bagaikan bermimpi apabila 
rumahnya di sini tiba-tiba diserbu sekumpulan lelaki bersenjata kira-kira jam 
8.30 pagi semalam. Pintu rumahnya ditendang kumpulan lelaki terbabit yang 
datang tanpa diundang. Lebih parah lagi dakwa Noraisiah Che Ghani, 40 salah 
seorang lelaki bertopeng lengkap bersenjata itu menendang di bahagian perutnya 
sehingga terduduk.

”Kesannya saya mengalami sakit di bahagian pinggang dan perut sehingga 
sekarang. Ketika kejadian saya sedang tidur di ruang tamu tiba-tiba terperanjat 
mendengar bunyi kenderaan yang kuat di halaman rumah.

“Sebaik sahaja bangun dua anggota polis bertopeng menendang pintu rumah dan 
tendangan terkena perut sehingga saya terduduk.

“Sampai hari ini saya tidak boleh duduk lama kerana sakit di bahagian pinggang 
dan perut,” ujarnya berniaga sayur di Pasar Rantau Panjang.

Armalah kepada tiga anak yang berusia antara sembilan dan setahun setengah itu 
pada mulanya panik tidak tahu apa punca kedatangan lelaki bertopeng lengkap 
bersenjata.

Ujar beliau tanpa memberitahu apa sebab kedatangan mereka terus bertindak.

”Selepas lama mengeledah kemudian salah seorang anggota polis terbabit memohon 
maaf di atas kesilapan mereka, lalu meninggalkan rumah saya.

”Seorang anggota polis pada awalnya mendakwa kononnya saya terlibat menyeludup 
senjata api,” katanya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa berkenaan 
ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Ketika kejadian turut berada di rumahnya tiga anaknya, emak yang cacat 
penglihatan, dua adik beradiknya.

Kumpulan bersenjata itu menyelongkar segenap ruang di dalam rumahnya hampir dua 
jam sebelum beredar tanpa menemui sebarang barangan disyaki.

Mencerita lanjut saat-saat mencemas itu Noraisiah memberitahu beliau kemudian 
ditawarkan sejumlah  bayaran sebagai kos perubatan bagi menutup kes tersebut 
ketika datang membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang.

Menurut beliau adiknya Numi Che Ghani juga turut ditawarkan sejumlah bayaran 
yang sama.

Serbuan itu juga turut menjadikan adik iparnya Sopian Sautar, 31 sebagai mangsa 
apabila dipaksa meminum air empat botol kerana disyaki penagih dadah ketika 
datang menemankan Norasiah di Balai Polis.

“Pada mulanya saya enggan sebab saya berpuasa, tetapi saya dipaksa juga minum 
empat botol air kosong dalam botol besar selepas ujian kali pertama didapati 
saya negatif sebarang dadah,” ujarnya.

Menurut Norasiah selepas kejadian kira-kira jam 11 pagi beliau ke klinik 
berhampiran rumahnya untuk mendapatkan rawatan dan kira-kira 11 malam pula 
membuat laporan polis.

Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berharap 
kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab ke atas mangsa yang ditendang 
sekumpulan lelaki bersenjata alasan disyaki sebagai penyeludup senjata.

“Kita minta kerajaan dan pasukan polis bertanggungjawab terhadap apa yang 
berlaku. Mereka juga meninggalkan mangsa begitu sahaja tanpa membantunya 
membawa ke hospital biar pun tercedera,” katanya ketika menziarahi mangsa di 
rumahnya di sini.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut melahirkan rasa 
hairan apabila salinan laporan polis yang diterima mangsa tidak sama dengan apa 
yang dilapor semalam.

“Dalam laporan itu, mangsa memberitahu anggota polis yang bertopeng menyerbu 
rumahnya dengan diacu senjata seramai hampir 20 orang, tetapi dalam laporan 
yang diberi kepada pengadu hanya dua orang sahaja,” katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5114-ibu-tunggal-mendakwa-diserbu-lelaki-bersenjata
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke