Satu siasatan segera oleh pihak berkaitan harus dilakukan untuk kejadian di 
bawah ini dimana seorang kanak-kanak cedera parah terkena renjatan elektrik 
ketika bermain kereta kawalan jauh di stesen keretapi Sg Gadut, Seremban. 
Adakah alat kawalan jauh atau sebarang alat yang mempunyai gelombang seperti 
radio dan telefon bimbit merbahaya digunakan berhampiran landasan keretapi 
elektrik?

Atau kanak-kanak tadi dipanah petir?  Pengetahuan asas bahaya petir di kalangan 
kita masih lagi rendah, sedangkan Malaysia adalah salah sebuah negara tertinggi 
di dunia kejadian petir. Blog mengenai bahaya petir di Malaysia di 
http://kilatmalaysia.blogspot.com 


***************** 
Budak cedera terkena renjatan elektrik

SEREMBAN 28 Ogos 2011 – Seorang ibu tergamam setelah melihat anak lelakinya 
terbaring dengan tubuh berasap selepas terkena renjatan elektrik kabel 
bervoltan tinggi ketika sedang bermain kereta mainan dengan alat kawalan jauh 
di Stesen Komuter Sungai Gadut dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8.35 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd. Shafiq Mat 
Isa, 10, mengalami kecederaan parah di kedua-dua belah tangan, kaki kiri dan 
sebahagian badan melecur akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika kanak-kanak itu mengikut ibunya bekerja 
sebagai pekerja pembersihan di stesen berkenaan.

Ibunya, Norashahin Ujang, 52, memberitahu, ketika kejadian dia sedang 
membersihkan sebuah gerabak, manakala anaknya itu bermain kereta mainan dengan 
dengan memegang sebuah alat kawalan jauh di luar gerabak berkenaan.

“Tiba-tiba saya terdengar satu bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjenguk 
keluar tingkap gerabak berkenaan saya terkejut apabila melihat anak saya sudah 
terbaring di atas lantai dengan tubuhnya berasap.

“Saya terus keluar dan memeluk anak saya tetapi dia tidak bergerak malah saya 
melihat sebahagian baju serta seluarnya mempunyai kesan terbakar seperti 
disambar api.

“Pada masa yang sama saya juga melihat alat kawalan jauh yang dipegang Mohd. 
Shafiq sudah terbakar dan berada tidak jauh dari anak saya,” katanya ketika 
ditemui di Hospital Tuanku Ja‘afar (HTJ) di sini, hari ini.

Tambahnya, dia tidak sangka alat kawalan kawalan jauh yang dipegang Mohd. 
Shafiq boleh menyebabkan anaknya itu terkena renjatan elektrik dari kabel yang 
terletak kira-kira dua meter dari mangsa.

“Saya bersyukur kerana nyawa anak saya masih panjang walaupun arus yang 
mengalir dalam tubuhnya itu sangat tinggi sehingga menyebabkan simen di mana 
anak saya berdiri turut berlubang,” katanya sedih.

Sementara itu, Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat, Keretapi Tanah Melayu 
Berhad (KTMB), Mohd. Fadzil Ismail memberitahu, pihaknya akan menyiasat perkara 
itu kerana ini kejadian pertama berlaku membabitkan alat kawalan jauh dari 
sebuah kereta mainan.

“Buat masa ini kita akan menyiasat perkara itu termasuk membuat kajian 
berhubung bahaya menggunakan permainan kawalan jauh berhampiran kabel bervoltan 
tinggi.

“Kita melahirkan rasa simpati dengan apa yang menimpa kanak-kanak itu dan pihak 
kami akan membuat susulan terhadap kesihatan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati 
ketika menggunakan perkhidmatan tersebut untuk mengelakkan kejadian tidak 
diingini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_05.htm
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke