KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG   
27 OGOS 2011

KESAL FUNGSI MASJID & RUANG KEBAJIKAN DISEMPITKAN DALAM BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan 1432 Hijrah yang sedang kita jalani selaku Ummat Islam di 
Malaysia perlu dilihat sebagai Madrasah Ramadhan atau Bulan Tarbiyyah bagi 
menyucikan jiwa dan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kepada Allah SWT. 
Kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat Iman dan Islam yang 
kurniakan.

Seharusnya bulan Ramadhan dijadikan bulan untuk mengeratkan silaturrahim dan 
menjadi medan ‘Fastabikul Khairat’ ataupun sebagai bulan untuk kita 
berlumba-lumba melakukan kebajikan. Melakukan kebajikan merupakan salah satu 
daripada saranan Allah SWT dalam Al-Quran. Sudah pasti fungsi institusi masjid 
dan surau adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan ruangan untuk 
melakukan kebajikan seperti memberi sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim 
dan golongan yang memerlukan dalam bulan Ramadhan.

Namun yang saya kesalkan ialah terdapat masjid-masjid dan surau-surau yang 
merupakan Rumah Allah SWT yang telah disempitkan fungsinya dengan  tidak 
memberikan ruang kepada Ahli Parlimen mahupun pemimpin Pakatan Rakyat untuk 
bersolat dan memberikan sumbangan kebajikan di Rumah Allah SWT tersebut. Ini 
merupakan suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak terlibat 
yang telah menyempitkan ruang melakukan kebajikan di masjid dan surau sempena 
bulan Ramadhan.

Apakah Rumah Allah SWT seperti masjid-masjid dan surau-surau sudah menjadi 
rumah politik parti tertentu sahaja? Apakah masjid-masjid dan surau-surau hanya 
menjadi masjid dan surau UMNO/BN sahaja sama ada di Telok Kemang ataupun N. 
Sembilan? Ini merupakan politik sempit kepartian yang jelas menunjukkan 
kedangkalan mereka tentang penghayatan Ramadhan sebagai bulan ibadah.

Umat Islam umumnya berasa kesal dengan situasi yang berlaku seumpama ini yang 
langsung tidak mencerminkan semangat ukhwah Ramadhan dan semangat ‘Fastabikul 
Khairat’ seperti mana yang dianjurkan oleh Al-Quran. Sewajarnya institusi 
masjid dan surau dibuka luas kepada mana-mana pihak untuk melakukan ibadah dan 
menyumbangkan bantuan kebajikan kepada yang memerlukan.

Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan perlu mengambil langkah-langkah 
segera bagi menangani fenomena ‘menyempitkan fungsi masjid & surau’.

Selain itu, saya juga amat kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Port 
Dickson (MPPD) dalam menangani isu kain rentang ucapan Salam Ramadhan dan 
Aidilfitri daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Saya membantah tindakan MPPD yang 
telah mencabut dan merampas kain rentang – kain rentang ucapan Salam Ramadhan 
dan Aidilfitri daripada pemimpin Pakatan Rakyat kononnya tidak mempunyai 
pelekat kebenaran untuk menggantung kain rentang tersebut. Namun apa yang 
dikesalkan ialah terdapat juga kain rentang bagi tujuan yang sama daripada 
pihak lain tidak pula dicabut dan dirampas oleh pihak MPPD walaupun tidak 
mempunyai pelekat kebenaran untuk digantung atau ditampal.

Situasi ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa majlis perbandaran telah 
bersikap tidak profesional serta menghalang usaha-usaha oleh Ahli Parlimen dan 
pemimpin Pakatan Rakyat dalam memaknakan Ramadhan sebagai bulan untuk 
mengukuhkan silaturrahim. Sikap berat sebelah majlis perbandaran seumpama ini 
tidak wajar berlaku jika MPPD mengambil sikap bertanggungjawab dan menghormati 
bulan Ramadhan sebagai bulan ukhwah. Sikap negatif yang wujud dalam pentadbiran 
majlis perbandaran perlu diubah bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadhan.

YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
Ahli Parlimen Telok Kemang

Sumber : 
http://angkatanmudan9.wordpress.com/2011/08/28/kenyataan-media-ahli-parlimen-telok-kemang/
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke