SEREMBAN, 8 Sept: PAS Negeri Sembilan mencadangkan agar Majlis Agama Islam 
Negeri Sembilan (Mains) mempertingkat mutu pendidikan agama di negeri itu yang 
jauh terkebelakang.

"Perhatian seharusnya diberikan kepada status guru-guru agama tidak terlatih 
(GSTT) di sekolah agama milik kerajaan negeri," kata Pesuruhjaya PAS Negeri 
Sembilan, Taufek Abdul Ghani.

Beliau yang juga Adun Paroi mengulas cadangan Mains yang mahu membina menara 15 
tingkat bagi menempatkan pentadbiran semua badan-badan di bawahnya.

Setiausaha Mains baru-baru ini mengumumkan pihaknya akan membina menara itu.

Menara Mains akan menjadi mercu tanda di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri 
Mohamad Hasan berkata, menara ini akan dibina setinggi 12 tingkat dan tiga 
tingkat pada bahagian podium menara tersebut. 

“Kerja-kerja tanah dan meroboh bangunan sedia ada kini sedang dilaksanakan. 
Menara ini akan mula dibina pada hujung tahun ini dan mengikut rancangan, ia 
dijangka siap pada tahun 2013,” katanya.

Ekoran itu timbul pertikaian di kalangan masyarakat apakah keperluan sebenar 
umat Islam di negeri itu kerana Mains memungut zakat dari umat Islam.

Ia menjadi menarik lagi kerana cadangan ini berbangkit ketika umat Islam 
didedahkan kononnya ramai antara mereka yang memerlukan bantuan terpaksa 
mendapatkan bantuan dari pihak lain termasuk dari pihak gereja.

Ekoran itu timbul pula kononnya ada pihak yang mengambil kesempatan untuk 
memurtadkan umat Islam melalui pendekatan bantuan itu.

Zakat adalah sumber yang paling baik untuk membantu umat Islam yang memerlukan 
kerana zakat wajib diagihkan kepada lapan asnaf (kategori) penerima.

Dalam sidang Dun baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Mohamad Hassan 
menjelaskan, Mains tidak menggunakan wang zakat dalam pembinaan itu tetapi wang 
keuntungan projek-projek Mains.

"Jika Mains mampu, badan ini wajar memberikan tumpuan kepada pendidikan agama 
Islam," kata Taufek.

Taufek juga mencadangkan agar kerajaan negeri meningkatkan kemudahan bantuan 
kewangan samada dalam bentuk biasiswa atau pinjaman tanpa faedah.

Ia satu keperluan asas khususnya kepada pelajar cemerlang dalam aliran agama 
yang ingin belajar di luar negara samada dalam bidang perubatan mahupun 
pengajian agama, kata Taufek kepada Harakahdaily.

Untuk mengetahui sokongan rakyat terhadap isu ini, Taufek telah menaikkan satu 
poll dalam laman blog miliknya, http://mohdtaufek.blogspot.com . Sehingga 
berita ini ditulis, 90 peratus peserta poll ini menolak pembinaan menara ini.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5283-mains-dicadang-fokus-kepada-pendidikan-agama
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke