Sebelum ini saya ada menulis mengenai projek landasan keretapi berkembar yang 
apabila siap kelak akan menarik minat syarikat asing untuk menguasai 
perkhidmatan keretapi di Malaysia ini. Insiden komuter tersasar landasan di 
bawah ini menguatkan lagi alasan untuk mereka mengambil alih perkhidmatan 
tersebut di Malaysia.

Sila baca isu berkaitan sebelum ini :
Tidak mustahil syarikat asing akan kuasai KTM di 
http://waghih.blogspot.com/2011/09/tidak-mustahil-syarikat-asing-akan.html 

Adakah pengguna selamat di stesen komuter dari petir? di 
http://waghih.blogspot.com/2011/09/adakah-pengguna-selamat-di-stesen.html 

500 CEMAS KOMUTER TERSASAR LALUAN
Berita Harian 9 Sep 2011 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 penumpang mengalami saat mencemaskan apabila 
komuter yang mereka naiki tersasar daripada laluan sebenar sehingga terpaksa 
berundur semula secara perlahan-lahan sejauh enam kilometer yang mengambil masa 
lebih satu jam sebelum sampai ke stesen sepatutnya, semalam. 

Kejadian berlaku pada waktu puncak jam 6.20 petang apabila komuter yang sarat 
membawa penumpang dari stesen Bank Negara sepatutnya memasuki laluan ke Batu 
Caves, tetapi masuk ke laluan arah utara selepas Stesen Putra berdepan The Mall 
dan terus ke Kepong. 

Bagaimanapun, pemandu tiba-tiba menghentikan komuter berkenaan sebelum tiba ke 
stesen Rawang yang berada beberapa kilometer lagi dan mengundur secara 
perlahan-lahan setiap lima minit sebelum akhirnya sampai ke Stesen Batu Caves 
yang mengambil masa lebih satu jam. 

Seorang penumpang yang berada dalam tren berkenaan, berkata sebelum kejadian, 
komuter berkenaan mengalami kelewatan kira-kira setengah jam, menyebabkan 
penumpang yang kebanyakannya baru pulang dari pejabat semakin bertambah ramai. 

“Saya tidak dapat bayangkan betapa takutnya semua penumpang apabila komuter 
berkenaan berundur dan berhenti setiap lima minit. Apa yang paling kami takuti 
sekiranya ada komuter lain datang dari arah depan, pastinya berlaku kejadian 
tidak diingini yang boleh membahayakan keselamatan penumpang. 

“Semua penumpang hanya tertanya-tanya sesama sendiri dan gelisah dengan apa 
yang berlaku kerana tidak ada sebarang pengumuman dibuat oleh pemandu mengenai 
kejadian berkenaan,” katanya yang menghubungi Berita Harian, semalam. 

Sementara itu, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail 
mengesahkan kejadian berkenaan yang berpunca daripada poin laluan dari arah 
stesen Putra ke Sentul terkunci, menyebabkan tren tidak dapat memasuki laluan 
ke arah Batu Caves, dipercayai akibat kerosakan pada alatan terbabit. 

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 6.20 petang dan terakhir 
berlaku jam 9.45 malam membabitkan lapan tren kesemuanya ke arah laluan yang 
sama.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/500cemaskomutertersasarlaluan/Article
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke