Semua pihak harus memainkan peranan dari rakyat jelata, pemimpin rumah tangga, 
pemimpin negeri hinggalah ke pemimpin negara. Hidup di dunia hanya sementara, 
hidup di akhirat kekal sampai bila-bila. 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit 
mental, bermakna hampir 3.3 juta orang. 50,000 kes cuba bunuh diri setahun 
dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia.

Analisis isu 3.3 juta pesakit mental di Malaysia di 
http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html 

Mati dipeluk teman wanita
Kosmo 10 Sep 2011

SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya 
mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala 
teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa 
hubungan itu dihalang keluarga.

Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini 
semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat 
kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital 
Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.

Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari 
Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.

Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran 
mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.

Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun 
serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis 
mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.

Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia 
ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk 
semula.

Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang 
bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.

“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila 
mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya 
sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.

“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad 
Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal 
dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
 

Riwayat cinta
Harian Metro 10 Sep 2011 

SEREMBAN: Kecewa apabila cinta dihalang keluarga, sepasang kekasih nekad minum 
racun menyebabkan seorang lelaki maut manakala teman wanitanya kini koma di 
Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) di sini.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam di rumah di Taman Bunga Sejati, Nyatoh, 
Rantau, di sini, Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian 
manakala Zuzziana Rahmat, 18, ditemui kritikal.

Seorang jiran, Suthir Baba, 26, menemui pasangan kekasih itu dalam keadaan 
berpelukan di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih.

Suthir berkata, dia menyedari kejadian itu ketika pulang dari bekerja jam 8.20 
pagi selepas melihat wanita membuka pintu pagar dan kemudian masuk semula ke 
dalam rumah.

Menurutnya, selang beberapa minit dia terdengar bunyi orang bernafas kuat dari 
dalam rumah itu sebelum dia dan seorang lagi jiran meninjau untuk melihat apa 
yang berlaku.

http://www.hmetro.com.my/articles/Riwayatcinta/Article 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke