12 Sep 2011 - Walaupun Jeti Merang sudah beroperasi hampir 20 tahun dan menjadi pintu masuk utama pelancong dari dalam dan luar negara ke Pulau Redang, tiada usaha dilakukan pihak berkuasa, terutama Kementerian Pelancongan untuk membina jeti baru, walaupun pengambilan balik tanah dilaksanakan kerajaan negeri lebih 12 tahun lalu.
(Dah berapa kali masuk akhbar berita ni, namun kerajaan BN tak kisah, sebabnya mereka yakin Umno akan terus berkuasa di Terengganu selepas PRU-13, tak percaya baca di http://amkns.blogspot.com/2010/11/jeti-daif-dan-uzur-di-terengganu.html . Nasib kaulah rakyat Terengganu) Dalam sehari, lebih 800 pelancong terutama dari luar negara dan mencecah 3,000 sehari pada musim cuti, terutama dari China menggunakan jeti yang dibina sendiri pemilik dan pengusaha pusat peranginan untuk ke Pulau Redang itu. Ada antara jeti diperbuat daripada kayu dan papan lapis berlubang dan reput. Jika tidak berhati-hati ketika meniti untuk naik atau turun bot boleh membahayakan keselamatan pelancong. Gerai jualan kraf tangan di kawasan itu juga tidak tersusun, sekali gus tidak mencerminkan imej tinggi sektor pelancongan negeri ini. Kewujudan Jeti Merang yang sepatutnya memberi kesan limpahan ekonomi kepada penduduk sekitar, bagaimanapun tidak menjadi kerana kawasan itu sepi seperti jeti pada zaman purba, selain tiada kemudahan asas dibina termasuk gerai niaga sedangkan ia berpotensi menjadi destinasi santai untuk orang ramai. Pengusaha bot pelancong, Ya Salleh, 59, berkata jeti kayu bagi memudahkan pelancong menaiki bot ke Pulau Redang dibina sendiri pengusaha bot pelancong membabitkan perbelanjaan antara RM5,000 hingga RM10,000. Katanya, jeti diperbuat daripada kayu dan papan lapis itu bukan saja digunakan pelancong dalam dan luar negara, malah pemimpin utama termasuk pegawai Kementerian Pelancongan untuk menaiki bot ke pulau peranginan itu. "Ada empat pengusaha bot pelancong Bumiputra mencari rezeki dengan menawarkan perkhidmatan bot laju untuk ke pulau peranginan itu, tetapi keadaan jeti uzur cukup memalukan mereka. "Kita difahamkan, peruntukan pembinaan jeti baru dan ruang niaga sudah diluluskan Kementerian Pelancongan lebih 10 tahun lalu, tetapi sehingga kini tiada tanda pembinaan jeti dilaksanakan," katanya. Penduduk, Tawang Ali, 58, berkata keadaan jeti kayu dan papan lapis cukup memalukan pengusaha pelancongan dan pemilik bot pelancong, tetapi jeti itu terpaksa digunakan kerana tiada kemudahan jeti lebih elok dibina kerajaan. "Ada pelancong cedera berikutan terjerlus ketika meniti jeti untuk menaiki dan menuruni bot, tetapi kami tidak mampu membina jeti simen kerana perbelanjaan tinggi. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JetiMerangmemalukan/Article ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

