9 Sep 2011 - 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Segala yang 
dicurah di sini, adalah dari perngalaman sendiri dan teman-teman yang 
‘terpaksa’ menggunakan komuter setiap hari, yang sewajarnya ‘Pak Menteri’ 
pengangkutan tahu dan rasai. Suatu hari, sewaktu pulang kerja ada kejadian yang 
tak diingin dalam komuter berlaku. Ada seorang wanita pitam. 

2 faktor yang membuatkan ia berlaku adalah kerana sistem penghawa dingin (sila 
baca panas) yang memberikan kehangatan dan ketiadaan tempat duduk. Bayangkanlah 
sekiranya mereka dari Kuala Lumpur, atau lebih jauh lagi Rawang, nak menuju ke 
Sungai Gadut, Negeri Sembilan, dekat 2 jam lebih memakan waktu.

Pernah suatu hari tu, komuter yang sepatutnya tiba jam 3, tertunda sehingga 
berjam-jam lamanya sehingga melepasi waktu Maghrib. Memang sesuatu yang sungguh 
tak wajar! 

Sering alasan di beri dari corong pembesar suara, “Akibat kekuarang tenaga 
.....” Apa motifnya pemberitahuan itu? Apakah komuter tu guna tenaga elektrik 
sebagaimana di rumah-rumah kita? Sesuatu yang bodoh lagi menghinakan (bagi kamu 
KTM) kiranya itu adalah satu penipuan besar kamu!

Ikuti luahan penuh rakyat didahulukan tersebut yang merupakan pengguna komuter 
di http://atriza.blogspot.com/2011/09/keretapi-tanah-melayu-ktm-komuter.html 

SAMM LAPOR SALAHGUNA DANA AWAM OLEH NAJIB UNTUK BERCUTI 
September 09, 2011

Laporan Polis telah dibuat oleh penyelaras SAMM negeri masing - masing di 
Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan laporan telah dibuat 
oleh Sdr. Saufi Mi'ad, Penyelaras SAMM NS. Laporan Polis yang dibuat jam 10.45 
pagi di Balai Polis Seremban 2 seperti dibawah :

Portal berita dalam talian, Malaysiakini.com pada 2 September 2011 telah 
melaporkan berita Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah pergi bercuti ke 
Perth Australia pada tarikh 31 Ogos 2011 dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan 
Malaysia no. pendaftaran 9M-NAA. Pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia 
dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd.

Repot Polis sepenuhnya di 
http://chegubard.blogspot.com/2011/09/samm-lapor-salahguna-dana-awam-oleh.html 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke