Nampaknya Perdana Menteri dan pemimpin Umno tak berminat untuk 
bersungguh-sungguh membantu industri perfileman yang ingin memaparkan semangat 
juang Askar Melayu mempertahankan kedaulatan Malaysia. Agaknya mereka hanya 
seronok tengok filem perjuangan polis di Bukit Kepong. Askar ni berguna pada 
mereka untuk undi pos agaknya.

Projek Filem Sejarah Tertangguh

Produksi 1963: Kalabakan masih menunggu lampu hijau dapatkan dana

WALAUPUN kerja pra-produksi bagi pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, 
sudah diselesaikan, filem terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu 
belum dapat dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu 
keputusan mendapatkan geran kerajaan. Selepas menghantar kertas cadangan dan 
dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil lokasi di Tawau, Sabah itu 
pada November lalu, hingga kini mereka belum mendapat sebarang jawapan daripada 
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Jika tiada kata putus, filem bersandarkan tragedi yang berlaku 48 tahun lalu di 
Kalabakan, Tawau, sempadan antara Sabah dan Kalimantan membabitkan pembunuhan 
lapan askar Melayu yang diserang hendap musuh ketika solat Maghrib masih 
tertangguh. Peristiwa hitam itu berlaku sesudah tercetusnya konflik Ganyang 
Malaysia akibat isu politik antara negara ini, Indonesia dan Filipina, 
berikutan cadangan penubuhan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, 
Singapura, Borneo Utara (Sabah) serta Sarawak. 

Pengarahnya, Jurey Latiff Rosli berkata, penghasilan filem berkaitan sejarah 
perlu dilakukan secara teliti kerana ia memerlukan kajian mendalam supaya tidak 
memesongkan fakta, malah memerlukan kos tinggi dari segi latar lokasi, props 
dan kostum yang harus dipadankan dengan situasi asal. “Dana ini amat penting 
bagi kami kerana kerajaan juga menggalakkan penghasilan filem kenegaraan dan 
apabila pihak berkaitan mengambil masa panjang hingga berbulan-bulan untuk 
mempertimbangkan keputusan, ia memberi kesan terhadap produksi ini. 

“Ikut perancangan asal jika penggambaran dapat dimulakan pada Mac, filem ini 
diharap dapat menemui khalayak pada 16 September ini bertepatan sambutan Hari 
Malaysia. Namun nampaknya jadual yang dirancang sudah ‘lari’ jauh,” katanya 
dengan nada sedikit terkilan. Tanpa sebarang niat mahu mendesak, pengarah filem 
Libas itu berharap FINAS tidak melengahkan lagi keputusan kerana daripada 
penerangan selepas sesi pembentangan kertas kerja 1963: Kalabakan, difahamkan 
proses terbabit hanya dalam tempoh dua minggu hingga sebulan. 

Katanya lagi, pihaknya tertanya-tanya mengenai status permohonan itu. Walaupun 
tidak bertanya secara rasmi, sebaliknya hanya sekadar menghubungi individu 
tertentu di perbadanan itu, dimaklumkan kertas kerjanya kini sudah berada pada 
peringkat tertinggi untuk diperhalusi. “Kami anggap semua ini sebahagian 
daripada dugaan untuk merealisasikan sejarah hitam Kalabakan. 

Kami mahu generasi masa kini mengetahui semangat pahlawan di Kalabakan dan 
menyoroti semula perjuangan anak bangsa dari perspektif sebenar. 
“Sekurang-kurangnya geran ini juga menjadi bukti sokongan jitu kementerian 
berkaitan terhadap usaha ini apatah lagi Kementerian Pertahanan dan Kerajaan 
Negeri Sabah juga sedia memberikan kerjasama memastikan 1963: Kalabakan 
direalisasikan,” katanya. 

Rosyam antara pelakon pilihan 

AKUI Jurey lagi, produksi terbabit turut mempunyai modal dan berusaha mencari 
penaja, tetapi masih mengharapkan geran atau pembiayaan apatah lagi bagi filem 
bercorak sedemikian, sekurang-kurangnya suntikan dana mampu melegakan penerbit. 
“Jika memikirkan keuntungan lebih baik kita ikut arus semasa - buat filem 
komersial yang pasti jika tidak box-office, tetap balik modal. Filem 1963: 
Kalabakan tetap mahu diterbitkan tahun ini kerana ia mempunyai nilai 
sentimental yang sewajarnya dikongsi bersama. 

“Kami tidak akan patah semangat. Bagai dijanjikan penerbitnya dulu, kita tidak 
akan berkompromi dalam soal kualiti mahu pun penghasilan keseluruhan filem ini 
kerana alang-alang membuat filem kenegaraan, biarlah ia jadi warisan hingga 
anak cucu,” katanya lagi mengenai filem yang turut menggunakan teknik imejan 
janaan komputer (CGI) itu. Skrip 1963: Kalabakan disempurnakan Martias Ali 
manakala lokasinya 100 peratus di tapak kawasan tragedi sekitar Tawau, malah 
bagi mendapatkan gambaran sebenar, selain meninjau set pada Ogos lalu, 
rombongan Jurey turut bertemu dengan saksi insiden berkenaan untuk mendapatkan 
gambaran sebenar. 

Bagi menambah rencah kronologi penceritaan, elemen komersial tidak diketepikan 
apabila diselitkan juga fantasi dan cinta yang menjurus kepada nilai 
persahabatan, kasih sayang dan kemanusiaan, supaya tidak menjadi seperti 
dokumentari. Mengenai barisan tunjang utama, Jurey berkata Rosyam Nor antara 
aktor yang menjadi pilihannya selain beberapa nama lain seperti Zamarul Hisham 
dan Zul Huzaimy. Namun segala-galanya belum ditentukan kerana menunggu 
keputusan daripada FINAS. 

Sumber : 
http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Projek_filem_sejarah_tertangguh_4820
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke