Sedih sungguh pelajar-pelajar Melayu kita yang begitu cemerlang di Matrikulasi 
yang tidak mendapat tempat ke IPTA untuk panggilan pertama, dan masih gagal 
setelah membuat rayuan. Pemimpin-pemimpin Melayu sibuk sangat berpolitik ke 
sekarang ni, dengan Bukit Kepong dan isu ISA hinggakan ramai pelajar Melayu 
cemerlang tercicir?
 
Inilah Melayu, Menang Sorak, Kampung Tergadai !
 
Nasib pelajar-pelajar tersebut yang dilaporkan sebelum ini di :
- 4436 pelajar cemerlang bangsa kita gagal ke IPTA 
http://amkns.blogspot.com/2011/07/4436-pelajar-cemerlang-bangsa-kita.html
- Nasib Melayu di Bumi Melayu, pelajar IPTA 
http://amkns.blogspot.com/2011/07/nasib-melayu-di-bumi-melayu-pelajar.html
- Nasib malang pelajar Melayu tak dapat IPTA 
http://amkns.blogspot.com/2011/07/nasib-malang-pelajar-melayu-tak-dapat.html
- Pelajar Melayu dapat 10A+ tak dapat biasiswa 
http://amkns.blogspot.com/2010/07/pelajar-melayu-dapat-10a-tak-dapat.html
 
 
KELUHAN PELAJAR MATRIK
20 September 2011 
 
KEPUTUSAN rayuan untuk kemasukan ke IPTA telah pun selesai diumumkan pada 16 
September 2011 yang lalu.
 
Seperti yang saya jangkakan dan terbukti apabila pihak Kementerian Pengajian 
Tinggi masih melagukan rentak lama dan skrip yang standard tentang kegagalan 
pelajar Matrikulasi mendapat tempat ke IPTA.
 
* Pelajar bersalah kerana tidak pandai pilih kursus dan hanya pilih 
kursus-kursus popular yang tempatnya terhad;
 
* Pemilihan adalah berdasarkan merit akademik dan kokurikulum;
 
* Nisbah pelajar wanita yang melebihi lelaki, maka harus diseimbangkan.
 
Namun begitu, persoalan saya seperti yang tersiar di ruangan ini pada bulan 
Julai lalu masih belum dijawab kementerian:
 
* Jika sekiranya pelajar-pelajar tidak pandai memilih kursus ikut kelayakan, 
kenapa pihak kementerian yang sedia arif itu tidak menawarkan kursus yang 
mereka layak mengikut budi bicara kementerian? Harus diingat, ketika permohonan 
awal dahulu, pelajar yang memilih "YA" untuk ditawarkan kursus selain 
pilihannya tetap tidak menerima tawaran dan disuruh membuat rayuan. 
 
Ketika membuat rayuan pula, kementerian meletakkan penafian (disclaimer) yang 
pihak kementerian berhak menawarkan kursus selain yang dipohon pelajar. 
 
* Apakah sebenarnya kelayakan masuk universiti benar-benar bersandarkan merit 
kerana pelajar aktif pun tidak mendapat tempat? Kalau bersandarkan merit, anak 
saudara saya ialah Presiden Kelab Kembara di Pusat Matrikulasi beliau dan aktif 
dalam pementasan drama selain mempunyai CGPA 3.09. Tinggi sungguhlah merit 
diletakkan kalau aktif sebegini pun masih dikira belum cukup layak.
 
* Ke mana hala tuju pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpinggir ini? Adakah 
kementerian akan membantu mendapatkan tempat di IPTS sebagai alternatif? Saya 
tidak kisah kalau pelajar tersebut gagal (sememangnya tidak layak) malah jauh 
sekali mendapat keputusan sekadar 'cukup makan', tetapi pelajar-pelajar 
terpinggir ini ialah pelajar-pelajar cemerlang dan bertungkus lumus selama dua 
semester di Pusat Matrikulasi.
 
* Cuba kita lihat pengambilan Matrikulasi yang sebegitu banyak untuk tahun ini. 
Apa gunanya kementerian begitu ghairah mengambil ramai pelajar Matrikulasi 
sekiranya selepas tamat pengajian, tempat mereka di universiti tidak terjamin? 
Adalah lebih baik mereka ini menerima tawaran Diploma sekiranya mereka tahu 
kesudahan mereka adalah sebegini. 
 
* Merujuk kepada nisbah pelajar lelaki dan wanita yang tidak seimbang. Ini 
bukan maklumat baru kerana kementerian sudah pun tahu semasa kemasukan 
pelajar-pelajar ke Matrikulasi mengenai berapakah jumlah pelajar wanita 
berbanding lelaki. Bukankah sesuatu yang tidak adil sekiranya ada di antara 
pelajar-pelajar perempuan Matrikulasi yang tidak mendapat tempat hanya kerana 
hendak diseimbangkan nisbah ini?
 
* Kerajaan telah membelanjakan duit yang banyak membina Pusat Matrikulasi di 
seluruh negara, malah memberi pembiayaan penuh kepada pelajar-pelajarnya 
sepanjang mereka menuntut ilmu di sana. Bukankah satu pembaziran jika mereka 
ini dipinggirkan di hujung jalan?
 
Sememangnya kementerian cuba berlaku adil dengan memberi peluang para lepasan 
STPM dan Diploma yang turut bertungkus lumus belajar untuk mendapat tempat di 
universiti. 
 
Namun demikian, jangan dinafikan hak pelajar-pelajar Matrikulasi ini kerana 
beradanya mereka di Matrikulasi ialah sebagai habuan atas usaha keras mereka 
semasa di peringkat SPM dulu. 
 
Jika melihat dari sudut lain pula, siapakan lebih teraniaya antara ketiga-tiga 
golongan ini sekiranya tidak mendapat tempat ke universiti? Para pelajar 
diploma sudah boleh selesa menjawat jawatan pegawai dengan diploma yang 
disandang. Pelajar-pelajar STPM sudah semestinya lebih bernasib baik berbanding 
pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpaksa mencari kerja hanya berbekalkan sijil 
SPM.
 
Sekiranya hendak berbicara tentang prinsip adil pula, saya cadangkan tutuplah 
sahaja Pusat Matrikulasi dan biarkan semua pelajar bersaingan melalui STPM. 
Janganlah menganiaya pelajar-pelajar ini dengan membiarkan mereka menghabiskan 
dua semester untuk belajar tanpa mendapat apa-apa pulangan selain kerugian masa 
dan duit kerajaan.
 
PEDANG BERTUAH
Kuala Lumpur
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke