SISTEM Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dicipta untuk memudahkan guru 
akhirnya menyebabkan lebih ramai guru yang terseksa. Ada guru terpaksa 
bersengkang mata sehingga jam 3 pagi semata-mata untuk mengisi markah pelajar 
dan ada pula yang menghadapi masalah kerana tidak mempunyai komputer atau 
talian internet di rumah. Apakan daya Muhyiddin sibuk membela 3 pelajar tak 
dapat ambil UPSR tapi tak peduli keluhan ratusan ribu para guru. Itu BODOH 
namanya.
 
Berita berkaitan sebelum ini :
- Guru seMalaysia merana sistem lembap, nak juga Biometrik 
http://amkns.blogspot.com/2011/08/guru-semalaysia-merana-sistem-lembap.html
- Muhyiddin, tolonglah turun tengok masalah guru ni 
http://waghih.blogspot.com/2011/08/muhyiddin-tolonglah-turun-tengok.html
- Teachers fume over new directive 
http://waghih.blogspot.com/2011/08/teachers-fume-over-new-directive.html
 
Guru merungut program SAPS lebih sukar dari manual
Berita Harian 21 Sep 2011 
 
Sistem kumpul data murid guna komputer tidak semudah seperti diuar-uarkan 
 
SISTEM Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) diperkenalkan baru-baru ini bagi 
membolehkan tugas pengumpulan data dilakukan dengan secara lebih sistematik dan 
praktikal berkaitan data mata pelajaran, enrolmen murid, data guru mata 
pelajaran dan profil sekolah. Semua guru sekolah rendah dan menengah termasuk 
sekolah berasrama penuh perlu mengisi markah ujian Mac, peperiksaan pertengahan 
tahun, peperiksaan percubaan atau ujian Ogos dan peperiksaan akhir tahun di 
SAPS ini. Untuk menjadikan sistem ini lebih sistematik, tempoh masa ditetapkan 
dan guru perlu mematuhinya. 
 
Kebaikan sistem ini ialah selepas guru memasukkan data dan markah pelajar, ia 
akan secara automatik membuat analisis dalam pelbagai aspek, sekali gus 
menjimatkan banyak masa guru yang mungkin pada sedekad dulu terpaksa membuat 
pengiraan analisis secara manual. 
 
Tekan mesin pengira setiap kali mahu mencari peratusan dan purata. Berpinar 
mata mencari berapa jumlah A yang murid peroleh dan pelbagai lagi. 
 
Malah, dulu guru kelas terpaksa meminta markah setiap mata pelajaran daripada 
guru yang mengajar dan mengisinya secara manual dalam borang khas. Semua 
perkiraan dilakukan secara manual dan diisi pula dalam buku laporan kemajuan 
murid. Sistem dalam talian diakui lebih memudahkan dan lebih sistematik serta 
menjimatkan banyak masa. 
 
Namun, sistem yang sebenarnya dicipta untuk memudahkan mereka akhirnya 
menyebabkan lebih ramai yang terseksa. Ada guru terpaksa bersengkang mata 
sehingga jam 3 pagi semata-mata untuk mengisi markah pelajar dan ada pula yang 
menghadapi masalah kerana tidak mempunyai komputer atau talian internet di 
rumah. 
Namun selepas menggunakan SAPS buat seketika, ramai guru merungut dan 
melepaskan kemarahan mereka dalam blog dan menulis surat kepada akhbar. 
 
Antaranya, yang dipetik daripada blog adalah seperti berikut: 
 
“Idea mewujudkan sistem ini memang baik tetapi program berkenaan susah untuk 
dicapai dan selalu terkeluar daripada talian dan ada banyak masalah lain. 
 
“Sebagai guru yang terbabit dengan SAPS, saya sudah beberapa kali membuka 
sistem ini untuk memasukkan markah tetapi setiap kali markah mahu disimpan, 
sistem ini akan terkeluar daripada talian. Saya terpaksa mengisi semula markah 
dan ini ia berlaku beberapa kali. 
 
“Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian 
satu, peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan 
jangkaan hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar. Bayangkan, jika ada enam 
kelas yang markah pelajarnya perlu diisi dan setiap satu kelas pula ada 40 
pelajar. 
 
“Yang peliknya dalam taklimat kami diberitahu ketika menggunakan SAPS, kami 
tidak boleh menekan butang ‘enter’ pada papan kekunci kerana akan mengganggu 
sistem. Ini adalah kali pertama saya mendengar satu sistem yang direka akan 
rosak jika tertekan butang ‘enter’. 
 
“Masalah lain yang dihadapi ialah ada pelajar yang tiada dalam senarai kelas 
tetapi apabila didaftar, jawapan yang diterima ialah ‘pelajar telah 
didaftarkan’ tetapi jika telah didaftarkan kenapa nama pelajar tiada dalam 
senarai?” 
 
Di mana silapnya? Apakah sengaja kementerian mencipta satu sistem untuk 
menyusahkan guru sedangkan perlu diakui guru sudah terlalu banyak dibebankan. 
Rasanya bukan itu alasannya kerana yang paling tepat ialah sistem itu masih 
terlalu mentah dan perancangan untuknya tidak mengambil kira banyak perkara. 
 
Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia 
(UKM), Prof Dr Abdul Razak Hamdan, berkata kebanyakan sistem dalam talian 
(online) di negara ini tidak stabil pada peringkat permulaan dan menyebabkan 
masalah kepada pengguna, namun ia akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 
 
“Kebanyakan sistem dibangunkan menggunakan teknologi sedia ada dan dirasakan 
memadai untuk kegunaan pada masa itu tetapi selepas digunakan secara meluas, ia 
tidak mampu menampung keperluan semasa dan perlu peningkatan. 
Masalahnya, untuk mempertingkatkannya memerlukan kos tinggi dan itu yang 
menjadi halangan banyak pihak. 
 
“Kita rujuk kepada sejarah Unit Pusat Universiti (UPU) pun pada mulanya ada 
masalah. Selalu tidak stabil tetapi selepas dipertingkatkan, ia sudah semakin 
baik dan stabil. Ia membabitkan sistem itu sendiri dan talian komunikasi. Jika 
salah satu tidak stabil atau lembab, ia akan menyusahkan pengguna. 
 
“Kebanyakan sistem menggunakan talian terbuka (public). Jika ia sudah 
ditentukan untuk menerima sebanyak dua megabait (MB), tetapi yang 
menggunakannya melebihi jumlah itu, ia pasti akan menyebabkan sistem itu 
perlahan. 
“Setiap sistem juga ada had penggunaan pada satu masa. Jika dihadkan sebanyak 
1,000 pengguna tetapi pada satu masa pengguna melebihi jumlah itu, ia juga akan 
menyebabkan sistem menjadi lembab. 
 
“Selalunya, pembangun sistem akan membuat anggaran berapa ramai pengguna akan 
gunakan sistem itu terutama pada waktu puncak dan menetapkan jumlah tertentu. 
Penetapan ini perlu kerana semakin besar ruang penggunaannya, semakin mahal 
sistem itu untuk dibangunkan. Malangnya, ada ketika berlaku, ramalan mereka 
tidak tepat dan pengguna melebihi anggaran,” katanya. 
 
Beliau berkata, ada sistem yang menggunakan kaedah ‘server balancing’ iaitu 
membolehkan ia dipindahkan ke pelayan lain jika kuota dalam satu pelayan sudah 
penuh. Ia membolehkan sistem tidak perlahan jika melebihi kuota yang sudah 
ditetapkan tetapi membabitkan kos yang tinggi. 
 
Masalahnya, katanya, kebanyakan pengguna akan menggunakan sistem itu secara 
maksimum pada waktu puncak terutama ketika tarikh tamat tempoh semakin dekat. 
Ia pasti menyebabkan sistem itu tidak mampu menampung penggunaannya yang 
banyak. Justeru, pemantauan pada waktu itu perlu dipertingkatkan. 
 
“Selalunya, masalah utama bermula daripada sistem komunikasi. Jika talian 
internet yang digunakan perlahan, ia juga akan memberi kesan. Masalah lain 
ialah kebanyakan pembangun sistem salah membuat perkiraan jumlah pengguna. 
Mereka boleh tinggikan had pengguna asalkan mampu memperuntukkan kos yang 
tinggi. 
 
“Dalam kes ini, sewajarnya mereka buat percubaan tekanan (stress test) sebelum 
dilancarkan. Pastikan ia mampu menangani seramai mungkin pengguna termasuk guru 
terutama ketika waktu puncak. Perlu buat perkiraan secara tepat berapa banyak 
had diperlukan untuk menangani seberapa ramai guru dan sekolah. 
 
“Selain itu, tidak semua sistem sesuai digunakan bagi semua negeri dengan 
kapasiti yang sama. Sudah pasti tidak sama jumlah pengguna di Perlis dan 
Selangor. Pelayan yang digunakan perlu stabil. 
 
“Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah untuk memasukkan data. Ia 
sewajarnya gunakan sistem simpanan secara automatik (autosave). Maksudnya, 
setiap kali data dimasukkan, ia disimpan secara automatik dan tidak hilang jika 
tiba-tiba berlaku masalah talian. Kosnya tinggi tetapi perlu dalam kes 
pengendalian data,” katanya lagi. 
 
“Kelemahan utama kebanyakan sistem di negara ini ialah ambil mudah dan jadikan 
pengguna sebagai bahan ujian. Asalkan ia nampak berkesan di sesetengah 
kementerian, ia secara mudah digunakan pula di kementerian yang lain. Cara ini 
salah kerana tidak semuanya sama,” katanya. 
 
Justeru, adalah wajar kementerian lebih peka dalam hal ini dan memastikan apa 
saja sistem yang mahu dibangunkan tidak menjadi beban kepada pengguna, sekali 
gus menambahkan tekanan mereka.
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GurumerungutprogramSAPSlebihsukardarimanual/Article


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke