Aduan Rakyat 19 Sep 2011 - Jika dilihat dari laman wikipedia, Keretapi Tanah Melayu sudah beroperasi lebih dari 50 tahun dan telah dikorporatkan pada 1992. Namun begitu, servis yang diterima oleh pengguna tidak menggambarkan pengalaman mereka seperti digembar gemburkan. Selepas 50 tahun, ia masih tidak efisien. Saya faham tentang tundaan perjalanan oleh perkara tidak boleh dielakkan namun saya tidak menyangka ia boleh berlaku sebegitu kerap. Hampir setiap kali perjalanan saya dari utara tanahair ke Kuala Lumpur, pasti ada tundaan sama ada kelewatan bertolak atau kelewatan tiba. Keduanya, tentang laman web. Lawan web KTMB masih kucar-kacir. Banyak ‘link-link’ tidak dapat dibuka. Apatah lagi untuk membuat online booking. Laman web KTMB kelihatan gah dan ‘fancy’ dengan animasi, dan pelbagai link namun apa gunanya cantik jika tidak boleh digunakan. Laman web sangat penting kerana dengan cara inilah majoriti pelancong membuat tempahan. Saya puji dengan Syarikat bas express transnasional dan plusliner kerana website mereka sangat efisien dan mesra pengguna. Menurut laman Wikipedia, tahun bermulanya operasi syarikat keretapi berikut adalah – Express Rail Link (ERL) :2002, STAR LRT:1996 ,Putra LRT:1998 dan KTM Komuter: 1995. berdasarkan tahun, KTM Komuter lebih berpengalaman. Namun dari segi servis, jauh bezanya bukan. Saya faham jarak perlu dilalui oleh KTM Komuter lebih jauh dan lebih memakan masa. Namun sebagai pengguna, saya berharap dengan 16 tahun pengalaman KTM Komuter, sudah tentu mereka dapat mengagak masa dengan lebih tepat. Biarlah masa ditetapkan tepat, bukan masa ditetapkan awal dan ditangguh berulang-ulang kali. Saya berharap agar KTMB dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan laman web mereka kerana sebagai monopoli operator keretapi antara bandar di Malaysia, dan juga dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, KTMB sepatutnya menjadi contoh kepada syarikat keretapi lain. By: Mohd Safuan Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/servis-keretapi-tanah-melayu-mengecewakan
------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

