Masyarakat kita masih tak serik-serik. Mereka mengutamakan yang remeh temeh, 
melupakan yang wajib. Yang wajib ialah Akad Nikah dan Mas Kahwin, kenduri 
kahwin tak wajib, wang hantaran pun bukan perkara wajib. Terlalu mengikutkan 
adat, akhirnya terjerat dengan Along dan riba. Bukan nak salahkan si Zali di 
bawah ini, tetapi majoriti masyarakat kita dah macam ni.

Kenduri kahwin dah terlalu diglamourkan, melalui media, melalui Facebook, 
melalui akhbar, melalui TV dan seterusnya.

Artikel saya sebelum ini ; Adat Melayu Menyusahkan, Ajaran Islam Memudahkan dan 
Hentikan Kenduri Kahwin Yang Menyusahkan di 
http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html 

Tak tenang malam pertama
Harian Metro 24 Sep 2011 

JOHOR BAHRU: Malam pertama seorang pengantin baru tidak seindah diimpikan 
apabila dibayangi lapan along yang memburunya selepas gagal melunaskan pinjaman 
berjumlah RM10,000 yang dibuat sebagai hantaran kepada keluarga pengantin 
perempuan.

Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Zali, 24, berkata, dia juga terpaksa 
berlakon gembira ketika diraikan sebagai raja sehari di atas pelamin ketika 
majlis persandingan berlangsung di rumah pengantin perempuan di bandar raya 
ini, awal bulan lalu.

Zali berkata, nasibnya ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ apabila menanggung 
hutang along yang mengenakan kadar faedah pinjaman hingga 200 peratus.

“Saya kekurangan wang untuk menyediakan wang hantaran serta perbelanjaan lain 
lalu meminjam wang daripada along kerana buntu selepas tiada sesiapa dapat 
membantu.

“Along pertama meminta saya memasukkan RM1,000 ke dalam akaun banknya sebagai 
cagaran bagi mendapatkan RM10,000 dan selepas melakukannya, dia berdiam diri 
walaupun dihubungi beberapa kali,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Taktenangmalampertama/Article/index_html
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke