Kesian sungguh membaca kisah di bawah ini. 18 tahun berkhidmat dalam ATM 
diberhentikan sebab gemuk. Tak boleh ke di tukar unit lain atau di hantar 
kursus atau kaunseling untuk kuruskan badan? Sedangkan pegawai SPRM yang 
terlibat dengan kes samun hampir RM1 juta hanya ditukar jabatan.
 
Mungkin bekas tentera ini tak dapat pencen. Dahlah tak sempat dapat pencen, 
pampasan pun belum diterima walaupun dah 9 bulan. Zahid Hamidi apa sudah jadi? 
Sibuk dengan Bukit Kepong ke? 
 
*************** 
ASKAR GEMUK INGIN PEMBELAAN
 
Tujuan surat ini ditulis adalah untuk meluahkan apa yang terpendam selama 
hampir setahun.
 
Saya adalah saudara kepada seorang bekas anggota tentera yang terkilan dengan 
pengurusan Kem Bukit Keteri.
 
Saudara saya telah berkhidmat selama 18 tahun tetapi diberhentikan atas alasan 
masalah kegemukan.
 
Bagi pengetahuan pihak tuan, dia diberhentikan sembilan bulan lalu. Apa yang 
menjadi masalahnya sekarang adalah wang pampasan untuk bekas tentera yang telah 
diberhentikan ini masih belum diberi.
 
Bila ditanya, alasan yang diberi ialah “dalam proses”, sedangkan sudah sembilan 
bulan berlalu.
 
Di sini masalahnya ialah bukan wang semata-mata tetapi nasib yang perlu dibela 
dan nafkah anak-anak seperti makanan, pakaian, yuran sekolah, belanja dapur dan 
sebagainya.
 
Saya sebagai saudara dekat melihat sendiri kesusahan keluarga saudara saya itu, 
amat terkilan dengan pengurusan kem terbabit.
 
Saya berharap perkara ini dapat diatasi dengan segera.
 
FIZA, Perlis
 
FORUM UM
26/9/2011
 
Keratan akhbar di 
http://amkns.blogspot.com/2011/09/askar-kita-dizalimi-tiada-yang-prihatin.html
 
************** 
SPRM TUKAR TIGA PEGAWAI DITUDUH SAMUN PENGURUP WANG 
2011/09/25
 
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan 
tegas menukar tiga pegawainya yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing 
pada 15 September lalu, ke bahagian pentadbiran jabatan itu. 
 
Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya 
sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing 
kira-kira RM900,000 pada 15 September lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa 
Kuala Lumpur (KLIA). 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SPRMtukartigapegawaidituduhsamunpengurupwang/Article


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke