Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyedari untuk memenuhi matlamat Menawan Negeri 
Sembilan PRU-13, kawasan-kawasan Felda harus ditembusi yang merupakan kubu kuat 
BN di Semenanjung selain Sabah dan Sarawak.
 
Apakah matlamat PR Negeri Sembilan itu cuma suatu ilusi? Adakah stigma kawasan 
Felda sebagai kubu kuat BN tidak mampu diubah?
 
Parlimen Jempol terdiri daripada 60% kawasan Felda yang terbentang luas dari 
utara Jempol mengunjur luas ke timur dan selatan Jempol. Terdapat empat DUN 
dalam Parlimen Jempol iaitu Serting, Jeram Padang, Palong dan Bahau. 
 
Hanya DUN Bahau berjaya dimenangi oleh PR melalui parti DAP. Jeram Padang 
dimenangi oleh BN dengan majoriti bawah dua ribu undi, memberi potensi baik 
kepada PR melalui PKR untuk memenanginya pada PRU-13. Sementara Serting dan 
Palong masih kekal kepada BN dengan majoriti kemenangan yang agak tinggi.
 
Namun, usaha-usaha menangani permasalahan para peneroka Felda telah diberi 
keutamaan bagi mengubah perspekstif pemikiran rakyat di Jempol supaya menyedari 
hak-hak mereka. Penyelewengan yang sekian lama dijalankan oleh Felda melalui 
pelbagai kaedah muslihat telah memerangkap kebanyakan peneroka tanpa menyedari 
penipuan sedang berlaku!
 
Kerjasama antara komponen PR Negeri Sembilan Jempol dalam menggerakkan usaha 
pembelaan para peneroka Felda sejak tahun 2009 lalu telah membangkitkan gerun 
kepada BN walaupun menafikannya. Warga Felda Perihatin telah bergerak masuk ke 
kawasan-kawasan Felda untuk mengadakan sesi dialog dan perbincangan bagi 
menerangkan penyelewengan Felda. 
 
Hasil gerakan yang diketuai oleh Saudara Rebin Birham, T. Kumar dan Karip 
Salleh telah menyatukan lebih 700 peneroka dari Felda Serting Hilir dan Felda 
Raja Alias memfailkan saman kepada Felda berkaitan isu penyelewengan gred 
perahan minyak sawit di Mahkamah Tinggi Seremban pada 10 Ogos 2010. Kebanyakan 
peneroka yang terlibat adalah ahli-ahli Umno yang telah sedar betapa hak mereka 
telah dinafikan oleh Felda.
 
Langkah itu tidak terhenti di situ sahaja, seterusnya pada awal bulan Januari 
2011 seramai 30 peneroka dari Felda Palong 9 telah memfailkan saman kepada 
sebuah syarikat kontraktor Felda berkaitan penebangan kayu getah tua.
 
Gerakan aktif Warga Felda Perihatin telah dilihat sebagai ancaman oleh BN dan 
Felda. Pihak pengurusan Felda telah mengedarkan risalah-risalah yang cuba 
menafikan penyelewengan-penyelewengan yang didedahkan oleh Warga Felda 
Perihatin. Malah, jika pihak PR ingin mengadakan ceramah perlu meminta surat 
kebenaran Pengurus Rancangan sedangkan pihak berkuasa tidak punya masalah 
memberi kebenaran permit ceramah. Ini satu tindakan sekatan yang telah 
digerakkan oleh BN bagi menghalang gelombang perubahan di kawasan-kawasan Felda.
 
Sejarah harus diimbas sebagai pedoman. Pada PRU tahun 1999, DUN Jengka telah 
berjaya ditawan oleh PAS yang diketahui sebagai 100% kawasan Felda. Begitu juga 
dalam PRU tahun 2004, di DUN Pertang PKR telah menang di Daerah Mengundi Pasoh 
4 yang juga kawasan 100% Felda. Jadi, tidak ada yang mustahil untuk meraih 
kemenangan buat PR. 
 
Semoga imbasan ringkas ini akan memberi suatu semangat kepada jentera 
pilihanraya PR NS di Jempol untuk melaksanakan matlamat menawan negeri ini.
 
Sumber : 
http://pkrjempol.blogspot.com/2011/01/menang-jempol-bermakna-negeri-sembilan.html


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke