29 Sep 2011 - PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhubung laporan dalam akhbar Sinar Harian hari ini bahawa NGO tersebut akan mengadakan protes jika Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berceramah di negeri itu. Laporan polis itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani di Ibu pejabat polis (IPD) Seremban pada jam 10.52 pagi tadi. Dalam laporan polis tersebut, Mohamad Taufek mendakwa kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang disiarkan oleh akhbar berkenaan, bersifat "ugutan dan bertentangan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara". Mohamad Taufek mendakwa tindakan PERKASA itu bertujuan "berusaha menghalang kehadiran kepimpinan PAS berceramah di negeri tersebut". "Tindakan ini jelas tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Malaysia. "Kami memohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian keganasan berulang lagi sepertimana yang berlaku pada 24 September lalu," laporan polis itu dipetik. Mohamad Taufek diiringi kira-kira 20 penyokong termasuk kepimpinan Dewan Harian PAS negeri itu. Beliau yang juga ADUN Paroi turut menyertakan bersama dalam laporan polis tersebut, salinan keratan akhbar berkenaan dan laporan polis berhubung kekecohan hujung minggu lalu. Akhbar harian itu melaporkan Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin parti itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong. Amaran itu dikeluarkan selepas tercetus kekecohan sewaktu ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban hujung minggu lalu yang menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA ke pentas ceramah. http://malaysiakini.com/news/177227 Ancam Mat Sabu: Polis digesa siasat Perkasa KUALA LUMPUR, 29 Sept: PAS mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan pendesak Melayu, Perkasa ekoran ancaman terbuka mereka untuk 'menyerang' Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Sambil menyifatkan ancaman itu boleh mencetus ketegangan, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pihak polis sepatutnya sudah boleh memanggil Perkasa. "Sepatutnya pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap Perkasa yang membuat ancaman secara terbuka. "Mereka boleh cakap apa yang mereka nak cakap, tetapi jangan pulak sampai bertindak menghalang hak orang lain berceramah," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai mengulas amaran Perkasa Negeri Sembilan bahawa mereka akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah. Amaran itu dilontarkan ketuanya Mohd Noor Nordin Abdullah yang dengan angkuh berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad, jika timbalan presiden PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong. Sabtu lalu satu pergaduhan tercetus pada ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban. Pada kejadian itu dua penyokong PAS cedera selepas bergelut dengan ahli Perkasa yang menyerbu pentas ceramah ketika timbalan presiden PAS sedang berucap. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5675-ancam-mat-sabu-polis-digesa-siasat-perkasa
------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

