Harakahdaily     
 
LUMUT, 30 Sept: Ekoran kegagalan pembinaan kapal NGPV (New Generation Petrol 
Vessel) akibat penyelewengan kewangan dan rasuah pada tahun 2006, bukan sahaja 
duit rakyat yang hangus tetapi menzalimi anggota tentera.
 
Ini kerana, akibat kegagalan pembinaan 27 buah kapal tentera itu, ia telah 
menyebabkan lebih 1,000 pelatih TLDM yang dipersiapkan untuk bertugas dengannya 
sudah teraniaya.
 
Inilah yang diajukan para lulusan Perantis Diploma Teknologi Marin (DTM) yang 
kini terus terkontang-kanting dan tidak tentu hala kedudukan mereka.
 
Semua masalah ini berpunca dari rasuah dan pecah amanah dari skandal pembinaan 
27 kapal NGPV ini.
 
Skim DTM yang dimulakan pada tahun 1996 dijalankan di KD Pelandok yang 
berpangkalan di Lumut dengan kerjasama pihak UTM Skudai.
 
Pembelajaran mereka dijalankan di bawah pengawasan Markas Pendidikan dan 
Latihan TLDM. Penganugerahan diploma pula dibuat di UTM Skudai, Johor.
 
NGPV
 
TLDM merancang pembinaan 27 kapal ronda dalam program Kapal Ronda Generasi Baru 
NGPV (New Generation Patrol Vessel) pada hujung 1990an.
 
Namun Jawatankuasa Perakaunan Awam  mendedahkan kegagalan PSC-ND menyerahkan 
semua kapalnya yang dianugerahkan dengan kontrak sejumlah RM5.35 billion 
ringgit kepada media massa.
 
Dari 27 buah, hanya dua sahaja berjaya disiapkan.
 
Selepas pasukan pengurusan baru ditubuh, projek ini berjalan semula namun 
hingga kini hanya empat buah sahaja berjaya diselesaikan.
 
Dua kapal pertama dalam kelas ini, 171 KD Kedah dan 172 Pahang akhirnya 
ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada bulan Jun dan Ogos tahun 2006. 
 
Kapal ketiga, KD Perak (gambar atas) dan kapal keempat KD Terengganu baru 
sahaja diserahkan kepada TLDM baru-baru ini. 
 
Akibat kegagalan pembinaan ini, lebih 1,000 anggota tentera laut yang dilatih 
untuk berkhidmat dengan kapal-kapal ini dan memiliki DTM ini terkontang kanting.
 
Mereka tiada tempat untuk diperjawatkan setelah habis kursus DTM dan memakai 
pangkat Laskar Kanan.
 
"Maka terjadilah lebihan anggota tetapi perjawatan tiada kerana kapal PV ini 
gagal disiapkan mengikut jadual," kata satu sumber kepada Harakahdaily.
 
Kini, mereka mula menghadapi akibat dari penyakit rasuah yang menyelubungi 
pentadbiran kerajaan Datuk Seri Najib Razak ini.
 
Antara masalah yang mereka hadapi adalah penyambungan perkhidmatan, 
pemberhentian sukarela sebelum tarikh tamat perkhidmatan tanpa  pembelaan nasib 
anggota yang sewajarnya selepas berhenti di samping pemberian gaji yang tidak 
telus, adil dan saksama.
 
"Untuk pengetahuan tuan, hanya cawangan kami (skim DTM) sahaja yang mengalami 
masalah yang dinyatakan. Nyatalah kami telah didiskriminasi berbanding cawangan 
kelasi, bekalan dan teknikal biasa," kata sumber itu.
 
Mereka juga menghadapi pencabulan perjanjian pangkat cepat yang dijanjikan 
kepada mereka.
 
Teraniaya
 
"Skim kami dijanjikan pangkat cepat selepas lima tahun tamat kursus skim DTM, 
pakai pangkat Laskar Kanan selama setahun, selepas itu dinaikan ke pangkat 
Bintara Muda (petty officer).
 
"Tetapi janji ini telah ditarik balik oleh bekas panglima tentera laut," kata 
sumber itu.
 
Skim perantis DTM ini telah dimansuhkan pada tahun 2010 dan dihentikan 
pengambilan anggota sejak tahun 2009.
 
Pengambilan terakhir iaitu intake 2001 paling junior sekarang masih dalam on 
job training untuk melengkapkan kursus DTM mereka.
 
Mulai tahun lepas, mereka mula ditawarkan pemberhentian awal secara sukarela 
sebelum tarikh tamat perkhidmatan yang tidak pernah diamalkan dalam tentera 
laut.
 
Mereka hanya dibayar pampasan mengikut tahun berkhidmat.
 
Kini, kira-kira 200 orang dari kesemua 1,000 anggota telah berhenti dari 
perkhidmatan melalui pendekatan ini.
 
Yang menyedihkan mereka juga, akibat rasuah dan kegagalan projek ini merekalah 
yang menjadi mangsa.
 
Bayangkan selama 5 tahun berkhidmat, gaji mereka masih RM1200.00 sebulan iaitu 
sama dengan anggota dari cawangan lain yag baru berkhidmat dalam setahun dua 
sahaja. 
 
Untuk menyelesaikan masalah ini, pelbagai cara telah mereka buat termasuk 
berbincang secara langsung dengan Panglima Angkatan Tentera tetapi gagal.
 
Bahkan ada antara mereka telah cuba berbincang secara langsung dengan Perdana 
Menteri melalui facebooknya, namun pegawai ini telah diambil tindakan 
tatatertib oleh TLDM.
 
Bagi mereka, inilah jalan terakhir untuk membela nasib mereka iaitu ke media.
 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5702-akibat-pecah-amanah-1000-perantis-dtm-terkontang-kanting


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke