Laporan 14 Sep 2011 mengatakan tiga anggota komando dari Kem Sungai Udang dan 
seorang anggota tentera ditahan dalam operasi menangkap penagih dadah oleh 
polis. Kemudian pada 2 Okt 2011 pula 3 tentera dengan 2 daripada lengkap 
berpakaian seragam telah ditahan di tempat yang sama juga dalam operasi 
membanteras penagihan dadah. Ayoyo, apa sudah jadi, tentera elit, iaitu komando 
ditangkap menagih dadah. Memalukan warga dan Panglima ATM apabila ditangkap 
berpakaian seragam tentera.
 
Apa cerita KAGAT atau Kor Agama Angkatan Tentera, Jamil Khir tak cukup 
tarbiyyah untuk anggota tentera, terutamanya komando ke dulu? 
 
Tolong baca artikel LIMA Anggota ATM menjadi Perompak di 
http://amkns.blogspot.com/2011/08/lima-tentera-malaysia-jadi-perompak.html
 
35 PENAGIH TERMASUK 3 TENTERA DIREMAN 14 HARI
KOSMO 2 Okt 2011 
 
MELAKA - Seramai 35 penagih yang ditahan di ladang kelapa sawit berhampiran 
Penjara Sungai Udang kelmarin direman selama dua minggu mulai semalam atas 
kesalahan mengambil dadah.
 
Pasangan kekasih berusia 37 dan 18 tahun yang disyaki pengedar pula ditahan 
reman selama tujuh hari manakala remaja lelaki berusia 16 tahun direman selama 
empat hari kerana memiliki dadah.
 
Tiga anggota tentera berusia di antara 26 hingga 30 tahun turut antara yang 
direman.
 
Turut direman ialah beberapa penagih yang telah ditahan di ladang kelapa sawit 
itu kira-kira dua minggu lalu.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supritendan Muhammad Koey Abdullah 
berkata, perintah tahanan reman itu dilakukan mengikut Seksyen 49(1)(b) Akta 
Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan) manakala tiga yang ditahan memiliki 
dadah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. 
 
Kosmo! semalam melaporkan mengenai penahanan 40 orang berusia di antara 16 
hingga 53 termasuk tiga anggota tentera di mana dua daripadanya lengkap 
berpakaian seragam dalam serbuan di ladang kelapa sawit berhampiran Penjara 
Sungai Udang di sini.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
 
TIGA KOMANDO ANTARA 46 DITAHAN
Kosmo 14 Sept 2011 
 
MELAKA - Hasrat 41 penagih dadah untuk melepaskan gian di sebuah ladang kelapa 
sawit yang terletak kira-kira 200 meter dari Penjara Sungai Udang di sini tidak 
kesampaian apabila mereka ditahan semalam.
 
Lebih memeranjatkan, tiga anggota komando dari Kem Sungai Udang dan seorang 
anggota tentera berusia antara 23 hingga 29 tahun turut ditahan dalam operasi 
yang dinamakan Ops Tapis bermula pukul 6.30 pagi semalam.
 
Dua daripada mereka lengkap berpakaian seragam askar.
 
Ketua Unit Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Cif Inspektor Hisham A. 
Rahman mengetuai operasi selama lima setengah jam itu yang dianggotai 10 orang.
 
Turut ditahan ialah penganggur, pengawal keselamatan, buruh dan penduduk 
tempatan berusia antara 18 hingga 57 tahun.
 
Selain itu, lima lelaki turut ditahan kerana memiliki dadah jenis heroin dalam 
bentuk paket dan tiub menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan 46 orang.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke