Jabatan Kebajikan dan Baitulmal telah memainkan peranan mereka masing-masing 
dalam kes di bawah ini. Apa pula peranan yang dimainkan oleh adik beradik, 
sanak saudara dan jiran tetangga juga mereka sebangsa? 

Semalam rakan saya memberitahu di kawasan perumahannya ada seorang ibu tunggal 
yang mempunyai 6 orang anak. Kawasan perumahannya boleh dikatakan kawasan 
perumahan elit di Seremban ini. Selepas kematian suaminya, ibu tunggal tadi 
terpaksa menjual kenderaannya untuk menampung perbelanjaan harian. Kini ibu 
tunggal tersebut bekerja sebagai pembantu restoran.

Rakan saya bertanya kepada ibu tunggal tadi, tak ada minta bantuan JKM dan 
Baitulmal ke? Ibu tunggal tadi tak tahu pun ada bantuan sebegitu dan tidak tahu 
caranya. Lalu rakan saya pun kutuklah semua jiran setamannya termasuk diri dia 
sendiri, kita duduk di taman perumahan yang gah , tetapi tidak dapat membantu 
ahli taman yang kesusahan.

Saya kata pada kawan saya, itulah budaya Melayu sekarang ini. Semua nak lepas 
tanggungjawab. Kalau ada orang susah mereka akan suruh rujuk pada JKM dan 
Baitulmal dulu. Kalau jumpa wakil rakyat, sudah dibiasakan untuk mendapat wang 
ringgit. Sedangkan wakil rakyat cuma tandatangan borang permohonan bukan keluar 
duit dari poket dia sendiri. 

Tulah kata rakan saya, taman perumahan dia ada 2-3 orang bekas wakil rakyat 
tetapi tidak boleh nak bantu. Saya kata pada dia, jangan salahkan bekas wakil 
rakyat tadi semata-mata, kalau mereka ini turun bertanya khabar orang akan 
pandang serong kalau tak hulur wang ringgit, kerana politik di Malaysia 
terutama orang Melayu mesti dikaitkan dengan duit dan projek.

Jadi berbalik kepada ibu tunggal dibawah ini, kalau ada sanak saudara , jiran 
tetangga yang mampu, hulurkanlah bantuan. Kita nak bantu, tak ada pula 
dinyatakan no akaun bank dalam laporan di bawah ini. Kalau seorang beri RM10, 
1000 orang baca artikel ini, dapat juga RM 10,000.00. 

Apakah Melayu sekadar juara tumbuk menumbuk, tolak menolak, baling membaling 
batu di Jalan Jelebu, sebelah Masjid Jamek Ampangan? Kita tunggu 6 Oktober ini 
pula di Kg Batu , Rembau.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

Tak mampu beli susu anak OKU
Harian Metro 4 Okt 2011 

SEREMBAN: Seorang ibu tunggal terpaksa memberikan anaknya yang juga Orang 
Kurang Upaya (OKU), minum air bercampur susu cair bagi menggantikan susu 
formula akibat kemiskinan hidup.

Laila Wati Omar, 44, berkata anaknya, Nurul Nur Iqmazatul Iqma Abd Manap, 13, 
yang mengalami kecacatan sejak lahir terpaksa minum air yang dicampur dengan 
susu cair kerana kekangan hidup dialaminya.


“Saya mengakui mendapat bantuan sebanyak RM400 sebulan daripada Jabatan 
Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal, namun jumlah berkenaan tidak 
mencukupi kerana saya tidak mampu bekerja selepas terbabit dalam kemalangan dua 
bulan lalu. “Hati ini sedih melihat Nurul Nur Iqmazatul Iqma terpaksa minum air 
dicampur susu cair walaupun sepatutnya dia diberikan susu formula, namun hanya 
itu yang mampu saya lakukan,” katanya yang juga ibu kepada enam anak berusia 
antara tujuh hingga 22 tahun ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Jalan 
Jelebu, Ampangan, di sini, semalam.

Menurutnya, Iqmazatul cacat sejak dilahirkan dan mengalami kekejangan urat 
saraf menyebabkan dia tidak mampu berjalan atau duduk serta hanya mampu minum 
susu atau bubur yang dimasukkan ke dalam botol susu.

Laila berkata, dia yang dulunya menampung keluarga dengan membuat kuih terpaksa 
berhenti kerana tidak mampu melakukan sebarang kerja selepas terbabit dalam 
kemalangan yang menyebabkan tangan sebelah kirinya tidak berfungsi dengan baik.

“Saya pernah cuba untuk bekerja dengan melakukan tugas ringan tetapi ternyata 
tidak mampu akibat dari kesan kemalangan dua tahun lalu dan kini hanya duduk di 
rumah, tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TakmampubelisusuanakOKU/Article/index_html
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke