MOHON BAYARAN ELAUN TANGGUNGJAWAB DISELESAIKAN SEGERA -MOHON penjelasan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran berkenaan kedudukan bayaran Elaun Tanggungjawab (ETJ) bagi semua GPK Tkn 6 dan Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang sekolah gred B) yang hingga kini belum menerima bayaran berkenaan sedangkan bagi jawatan Guru Penolong Kanan lain (PK 1, PK HEM, PK Koku dan PK Petang serta GKMP sekolah gred A sudah lama menikmati bayaran itu). Jawatan disandang berkait rapat dengan memikul tanggungjawab dan seharusnya mereka yang menyandang jawatan berkenaan diberikan bayaran sama seperti rakan lain yang memegang jawatan sebagai penolong kanan atau ketua bidang tanpa sebarang pengecualian. Dicadangkan kepada pihak berkenaan agar segera menyelesaikan perkara ini bagi memuaskan hati semua pihak. PK PRIHATIN, Kuala Lumpur, 5 Okt 2011 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MohonbayaranElaunTanggungjawabdiselesaikansegera/Article SEKOLAH BAGAI TAK HARGAI JASA GURU SAYA ingin menarik perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhubung isu pemberian markah untuk prestasi guru. Saya mengajar Bahasa Inggeris (BI) di sekolah rendah luar bandar di daerah Kuala Lipis. Sekolah ini tidak pernah ada seorang pun murid mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR apatah lagi lulus 100 peratus dalam BI. Namun tahun lalu seorang murid mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR dan lebih membanggakan pelajar sekolah ini lulus 100 peratus dalam subjek BI. Rating sekolah ini pun naik mendadak. Penduduk kampung buat kenduri kesyukuran. Malangnya kejayaan bersejarah ini tidak pula dicerminkan oleh markah prestasi yang saya peroleh, iaitu 84 peratus. Kejayaan dikecapi tidak datang begitu saja. Ia adalah hasil usaha membuat kelas tambahan, buat asrama mini tidur dekat sekolah dan pernah juga buat kelas tambahan waktu malam. Guru sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi mendidik anak bangsa. Segala penat lelah mendidik anak bangsa seolah-olah tidak dihargai pihak sekolah. Pihak sekolah memberikan sijil penghargaan ‘telah dianugerahkan guru cemerlang’ kerana lulus 100 peratus Bahasa Inggeris, namun markah hanyalah 84 peratus, tidak begitu cemerlang. Saya ingin bertanya kepada KPM bagaimanakah markah menilai prestasi guru? Saya tidak meminta markah 100 peratus tetapi biarlah berpadanan dengan penat lelah saya. Saya percaya ramai juga guru menghadapi masalah sama. Bukan tidak ikhlas tetapi hargailah dengan sewajarnya. GURU YANG BINGUNG, Kuala Lipis. 5 Okt 2011 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekolahbagaitakhargaijasaguru/Article
------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

