Aduan Rakyat 5 Okt 2011 - Saya sebagai seorang penduduk Malaysia, saya ingin 
mengadu bahawa saya telah membuat satu pemohonan untuk di kecualikan daripada 
latihan khidmat negara atas sebab sebab tertentu langsung tidak di ambil peduli 
oleh pihak kementerian .
 
Saya adalah seorang anak yatim sejak kematian ayah saya ketika saya berumur 
antara 4 tahun , iaitu tahun 1995 . Saya memikul tanggungjawab menyara keluarga 
saya setelah saya bekerja di sebuah syarikat penerbangan selama setahun .
 
Pada tahun 2008 saya pernah manjalani latihan khidmat negara selama seminggu 
dan saya di kecualikan kerana doktor mengesahkan saya mempunyai penyakit asthma 
dan tidak layak mengikuti latihan tersebut , tetapi tiada kenyataan bertulis 
daripada doktor yang bertugas di kem pada masa itu .
 
Setelah beberapa tahun kemudian , pihak PLKN memanggil semula untuk menjalani 
latihan tersebut . mereka mengatakan bhawa pemohonan pengecualian saya pada 
tahun 2008 tidak di terima , padahal saya tidak memohon untuk di kecualikan 
pada masa itu .
 
Sekarang saya sudah mempunyai komitmen seperti membayar ansuran kereta dan 
motosikal setiap bulan . tambahan pula saya masih lagi dalam 1 tahun kontrak 
bersama syarikat penerbangan tersebut . Adalah sukar untuk saya memcari jalan 
untuk menyelesaikan masalah kewangan dimana saya terpaksa bercuti untuk 
menjalani latihan tersebut tanpa gaji selama 3 bulan .
 
Selain daripada itu penagguhan ini adalah diluar pengetahuan saya. Apabila saya 
menghubungi pihak JLKN kuala lumpur , mereka langsung tidak melayan panggilan 
saya . mereka menyatakan bahawa pekerja swasta tidak akan dilayan kecuali 
pekerja kerajaan dan mereka meminta supaya saya mencari jalan sendiri .
 
Saya sudah memberitahu bahawa saya tidak dapat mencari mana-mana tempat untuk 
meminjam duit , tetapi mereka masih lagi tidak peduli . saya berasa sedih 
kerana saya baru sahaja hendak memulakan hidup yang baru dengan keluarga saya 
setelah lama hidup dalam kesusahan .
 
Saya juga telah menghantar surat pemohonan untuk di kecualikan dari latihan 
tersebut kepada kementerian pertahanan malaysia pada tarikh 13 september 2011 , 
tetapi tidak mendapat jawapan dari mereka . dan pada hari ini saya menghantar 
lagi surat permohonan kepada menteri pertahanan dan berharap pemohonan saya 
kali ini diluluskan .
 
Saya amat berharap aduan saya ini boleh membantu .sesungguhnya setiap rakyat 
mempunyai hak untuk bersuara dan menegakkan keadilan .
 
By: Sonia Suhaila
Pemohonan tidak dilayan oleh kerajaan 
 
http://www.aduanrakyat.com.my/pemohonan-tidak-dilayan-oleh-kerajaan


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke